Sunday, 27 December 2015

Beratnya Tanggungan Seorang Pemimpin !!!


Bernasib baik jika kita tidak diangkat sebagai pemimpin terutama di kalangan anggota pemerintah.

Cuba perhatikan beberapa pedoman yang disampaikan oleh Rasulullah saw:
Daripada Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar dari cahaya di sebelah kanan ar-Rahman dan kedua Tangan-Nya adalah kanan, iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum mereka, keluarga dan kepimpinan mereka. 

(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/350, 3406)


Ancaman Kepada Pemimpin Yang Tidak Beramanah


Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberikan peringatan yang sangat keras bagi para pemimpin yang tidak amanah kepada Allah terhadap apa yang dipimpinnya, iaitu dalam mengurus hal-ehwal rakyatnya, sebagaimana sabdanya:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لِرَعِيَّتِهِ إِلّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tidak ada seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lalu ia meninggal pada hari meninggalnya di dalam keadaan mengkhianati rakyatnya melainkan Allah telah mengharamkan ke atasnya syurga.” 

(Hadis Riwayat Muslim, 1/343, no. 203. 9/353, no. 3409)


Doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada pemimpin yang tidak amanah secara umum:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

“Ya Allah, sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia.” 

(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407)
-akhzaman-



Oleh sebab manusia zaman ni ada penyakit wahn (cintakan dunia) yang sangat kronik,takhta adalah sesuatu untuk direbut dalam system taghut demokrasi. 

Bukan untuk menunaikan tanggungjawab memimpin umat ke arah kerajaan akhirat dan menjaga kemaslahatan umat. 

Dari segi yang lain, adalah dituntut untuk taat kepada pemimpin islam meskipun dia zalim pada perkara yang asalkan tidak ke arah maksiat kerana merekalah yang akan menanggung beban yang paling berat di akhirat kelak. 

No comments: