Friday, 1 August 2014

WANITA SENTIASA JADI MANGSA DAGANGAN!!!


AKSI LUCAH DARI PRAMUGARI AIR ASIA?




Pamer Buah Dada Demi Sultan!!!


Menari Pamer Buah Dada Demi Sultan


LUDZIDZINI ROYAL VILLAGE, Swaziland (Reuters) - Beribu-ribu wanita muda yang masih dara berarak di hadapan raja mereka untuk meraikan kesucian dan perpaduan, untuk raja terakhir.

Berpakaian skirt mini bermanik sambil memegang parang dan telefon mudah alih, wanita dan gadis-gadis seawal usia lima tahn menari dan menyanyi pada Ahad dan Isnin di Umhlanga. 

Tarian Tradisi Reed bertujuan untuk meraikan kewanitaan dan keperawanan.Namun hakikat sebenar dalam hati mereka adalah untuk menarik perhatian raja dan dipilih menjadi isteri. 

Itulah yang menyebabkan gadis yang masih dara berbondong-bondong dari seluruh pelosok negara itu.

"Saya bangga menjadi orang Swaziland yang masih dara. Kami berada di sini untuk menunjukkan perpaduan dengan raja dan sesama rakyat," kata gadis berusia 18-tahun Gcebine Dlamini.

Pada masa lalu, raja telah menggunakan majlis seperti itu untuk memilih seorang isteri yang baru, dan kini beberapa gadis yang masih dara terus berharap untuk mendapat perhatian raja.



"Jika dipilih, saya akan mendapat satu kehidupan yang lebih baik daripada apa yang saya ada, mempunyai wang yang banyak, hidup seperti seorang ratu itu dan melancong ke luar negara," kata Fakazile Dlamini, 14, yang tiba dengan sebuah lori dari kampung 60 km jauhnya untuk menghadiri majlis tersebut.

Isteri baru raja Swaziland sering menerima BMW dan istana mereka sendiri, menyebabkan kritikan hebat dalam sebuah negara di mana lebih daripada dua pertiga daripada 1400000 orang rakyatnya  hidup dalam kemiskinan.

LELONG DARA BANTU IBU!




MAHU LELONG DARA BANTU RAWAT IBU 


BRASILIA : Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.

Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi.

Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu.

Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia. Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.

Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya. Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.

“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah. Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.

“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000.

Israel Tuduh Malaysia Latih Pejuang Hamas!


Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.


Hamas


Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.


“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.


Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.


“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled.


Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.


Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.


“Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau.


Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.-Astroawani.com

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam!!!



1.Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termasyhur dan ditakuti di medan perang serta dijoloki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Dia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)


Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdis dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Dia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. 


Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristian kerana kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat dia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Dia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. 

Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat memimpin pasukan Islam melawan tentera Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. 

Dia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. 

Dia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. 

Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.