Tuesday, 3 September 2013

Rozita Che Wan Bersikap Queen Control!!!


Rozita Che Wan Bersikap Queen Control Terhadap Zain Saidin???


Janda meletup Tanah Melayu, Rozita Che Wan menyangkal desas desus yang mengatakan kononnya beliau bersikap queen control terhadap kekasihnya, Zain Saidin. 

Beliau dikatakan selalu menganggu Zain di lokasi penggambaran dengan menelefon dan menghantar mesej kepadanya.

“Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja,” kata Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta.

Monday, 2 September 2013

SEKS DI FACEBOOK!!!



Malam Jumaat, malam yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sudah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, jangan pula ada berzina atau melakukan onani dengan alasan malam Jumaat. Tapi aku percaya kalau orang lelaki jangan kata malam Jumaat, hari2 juga mau malam Jumaat. Sebab orang lelaki ni dah memang lumrah nafsu seksualnya lebih kuat berbanding wanita. So aku tak heran kalau ramai lelaki yang gila seks. Tapi amat malang kalau anda itu seorang Melayu Islam, tak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin dan ada anak2 dengan secara terbukanya menunjukkan yang anda ni memang gila seks di Facebook.

Aku ada terbaca pasal "Facebook group mencari kepuasan seks yang memalukan negara" yang menyentuh mengenai group facebook yang menghimpunkan lelaki dan wanita gila seks satu Malaysia untuk berkongsi pasangan dan memuaskan nafsu seks mereka dan lebih menyedihkan, ramai orang melayu kat dalam group tu.

Ramai yang tanpa segan silu memberi komen gila seks dengan guna nama dan gambar sebenar yang melayu habis di profile. Aku cuba nak cari group tu tapi nampaknya sudah tidak wujud dan telah dipadam. Namun aku ada terjumpa yang group lain yang lebih kurang sangap seks juga, dan aku tengok ada ahli group tu orang2 perempuan melayu (malah ada yang bertudung) yang tergedik2 nak berkenalan, cerita masalah peribadi malah ada yang offer tubuh badan, lepas tu berduyun2 la jantan2 hidung belang yang tak tahu malu cuba nak tekel suruh add ada siap mintak bagi nombor telefon lagi. Berikut adalah di antara contoh ahli perempuan group tersebut.

















Bila aku stalk profile awek tu, aku tengok profile dia normal macam tipikal awek2 melayu lain, ada gambar tak pakai tudung, ada gambar pakai tudung, ada gambar siap pakai purdah lagi.


Tapi bila tiba dekat group yang dia join, memang tak boleh blah.

Ni pula contoh mesej seorang lelaki sangap kat group2 nih.

Bila aku stalk profile dia, status, fanpage, group, penuh dengan benda2 lucah, tapi tulis belajar kat Universiti Teknologi Malaysia. Seriusly dia tak malu ke dengan kawan2 atau sedara mara dia kalau mereka terjumpa profile dia nih?

Malah aku ada terjumpa juga seorang lelaki yang tulis komen di group tu mencari wanita2 gersang, bila aku bukak Facebook profile dia, ada gambar dia bersama isteri dia, anak2 dia, kawan2 pejabat dia, tapi dekat bahagian group tu terpampang dia join group2 durjana tu. At least kalau dia tak takut pada Tuhan pun, takkan la dia takde rasa malu kepada isteri, anak2, adik beradik, kawan2 atau kenalan2 lain?

Yang ni contoh sebuah fanpage pelacuran yang mengiklankan pelacur2nya secara terang2an, dan yang komen2 ramai orang melayu yang ada dengan tanpa segan silu guna nama dan gambar profile yang sebenar, malah siap ada yang bagi nombor telefon nak melanggan ayam2 yang diiklankan.

Seriuosly, apa nak jadi dengan segelintir orang2 melayu ni yang dah langsung hilang rasa malu dalam diri??? Tak malu ke bila ko pergi ke pejabat, tiba2 satu pejabat tahu ko join group lucah dan langgan pelacur kat Facebook?-mediapopular.

PUTERI SARAH SUDAH BERUBAH!!!




Nekad Bertudung Dan Berhenti Berlakon!!!




puteri sarah liyana
Mungkinkah juga Puteri Sarah Liyana bakal berkahwin tidak lama lagi? Mana tahu kerana desas-desus menyatakan yang Puteri Sarah sedang hangat bercinta dengan Syamsul Yusof. Kata Puteri mengenai keputusannya untuk berhenti berlakon:-

Keputusan saya ini juga atas sebab saya sudah berhijrah. Saya nak elak bersentuhan dengan bukan muhrim. Kalau kerja mengacara saya boleh elak semua itu. Ikutkan, saya masih dalam arena seni cuma tidak seperti dulu lagi. Majlis hiburan pun bergantung kepada keadaan sama ada saya memilih untuk menyertainya atau tidak.
Keputusan berhenti berlakon ini sama sekali tidak ada kaitan dengan faktor saya serik dengan kontroversi yang pernah melanda. Lagipun sampai bila saya nak berada dan bertahan dalam industri. Industri seni semuanya berbalik kepada tuah. Ada tuah akan kekal dan begitulah sebaliknya.
puteri sarah liyana
Buat masa sekarang, Puteri Sarah Liyana sudah pun mendapat kerja di sebuah butik muslimah. Semoga rezeki Puteri Sarah di sana akan lebih melimpah ruah. Mana tahu memang rezeki ada di dalam bidang jual menjual dan bukan lakonan. Sama-samalah kita doakan-ceritaapakah.

KEJAM! SADIS! TAK BERPERIKEMANUSIAA!!!!!



Anjing Disalib Menyebabkan Kemarahan Ramai!!!


Seorang pengguna Facebook dikenal pasti sebagai Aaron Pino, menguploud gambar kontroversi anjing disalib di jejaring sosial facebook, pekara ini menyebabkan ketidakselesaan di antara pengguna facebook.

Aaron Pino, 22 tahun dari Tecate, California, muncul dalam gambar memegang salib kayu kecil dengan anjing baka kecil.

Gambar itu beredar dengan cepat bagai virus dan menghasilkan ribuan komen kemarahan atas kekejaman terhadap haiwan.

Seperti dipetik dari laman Publimetro.cl, Aaron meminta maaf kerana telah meng-upload gambar dan menjelaskan bahawa dia telah menemui anjing  dibunuh dan disalib di sungai.

"Saya tidak fikir ini adalah di luar kawalan, saya mendapati anjing di sungai dan telah dibunuh dan disalib. Ini telah menarik perhatian saya dan saya mengambil gambar dan menguploadnya." Tulis Aaron dalam profil Facebook-nya-dairishare.

TINDAKAN NEKAD YANG MENGUNDANG MAUT!!!


Mati terjun hotel elak dicekup.


maut jatuh

Selayang – Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya. – Hmetro