Bila diluluskan saja usul Rang Undang-Undang
(RUU) untuk meminda Akta 355 berkaitan
kuasa Mahkamah Syariah yang dibentang
Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang,
ramai yang 'meroyan' tidak tentu hala,
terutama parti politik seperti DAP, MCA dan
Gerakan.
Jika dilihat pada pola kaum di dalam parti
politik yang bising tentang RUU tersebut,
majoriti ahlinya adalah berbangsa Cina.
Yang peliknya, parti yang majoriti mewakili
kaum India tidak kecoh pun seperti mereka.
Itu beza antara kaum Cina dan India di
Malaysia?
Kenapa agaknya kaum Cina ini membantah
dan tidak suka pada RUU yang dibentang
Abdul Hadi itu? Kerana ia berkaitan soal
usaha melaksanakan hukum Hudud di
Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, dan
kemudian mungkin dilaksanakan di negeri
-negeri lain di seluruh negara?
Apa pula kaitan masyarakat Cina dengan
Mahkamah Syariah? Pernahkah mereka
didakwa atau dibicara di mana-mana
Mahkamah Syariah di negara kita? Tidak
pernah, bukan? Kerana hanya umat Islam
sahaja yang tertakluk di bawah kuasa
Mahkamah Syariah, bukan?
Apakah Cina-Cina ini beragama Islam?
Datuk Dr Ridhuan Tee mungkin benar
beliau merupakan orang Cina yang
beragama Islam. Namun beliau sokong
pembentangan RUU yang bakal membuka
jalan pada perlaksanaan hudud tersebut
di Mahkamah Syariah. Apa masalahnya?
Pada pandangan penulis, sebelum ini
beberapa pihak telah bertindak menakut
-nakutkan rakyat di negara ini berkenaan
hukum hudud. Maaflah jika penulis tegaskan
bahawa UMNO dulu pun pernah mengambil
pendekatan yang sama.
Hudud sudah beberapa kali diusul kepada
Kerajaan Pusat dulu ketika Mahathir
Mohamad menjadi Perdana Menteri. Dia
menolak usul hudud yang dibentang PAS
dulu atas alasan, ia 'tidak adil'. Dia menolak
nya mentah-mentah, tanpa sebarang
justifikasi membina.
Malah pada suatu ketika, Mahathir
memperlekeh usaha PAS itu dengan
mendakwa ia merupakan 'hudud PAS'
dan bukannya 'hudud Allah'. Ada tikanya
pula, konco-konconya pertikai pula
hukuman rejam dan sebat yang dikatakan
'kejam' dan 'zalim' untuk dilaksanakan.
Pada pandangan penulis, pendekatan Mahathir
itu amat memalukan bagi seorang yang
mengaku beragama Islam. Mungkin benar
draf hudud yang dibentang PAS itu tidak
sempurna dan perlu ditolak. Namun
Mahathir langsung tidak menyediakan
sebarang platform kepada PAS untuk
mengkaji bersama draf berkenaan, demi
kepentingan tertegaknya undang-undang
Islam di Malaysia.
Di negara kita, memang terdapat beberapa
hukuman bagi kes jenayah di Mahkamah
Syariah yang dikhaskan untuk umat Islam.
Di dalamnya terdapat undang-undang
berkenaan takzir, diyat, qisas dan sebahagian
hudud yang masih tidak lengkap serta tidak
menepati maqasidnya.
Enakmen seperti itulah yang perlu dipinda
bagi mendatangkan rasa patuh, takut dan
hormat pada ketetapan hukum Allah supaya
tidak melakukan perkara dosa di kalangan
umat Islam di Malaysia.
Sebagai contoh, kerana hukuman khalwat
yang terlalu ringan, maka umat Islam di
negara ini ramai yang berani berkhalwat
khususnya di kalangan remaja Islam
sehingga ada yang melahirkan anak luar
nikah. Seterusnya, penyakit seperti inilah
yang menjejaskan lagi akhlak umat Islam
ke arah maksiat dan pembuangan bayi
yang tidak berkesudahan.
Mujurlah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib
Tun Razak mempunyai pendekatan yang
tidak sama seperti Mahathir. Benar beliau
menolak 'hudud PAS', namun dijemputnya
ulama-ulama PAS itu untuk duduk semeja
dengan ulama muktabar negara untuk
mengkaji, merangka dan membincangkan
draf pindaan syariah yang lebih menyeluruh.
Pada pandangan penulis, di zaman
Mahathirlah segala puncanya. Hudud di
zaman beliau telah sengaja disalah
tafsirkan mengikut nafsu politik sehingga
dipandang serong oleh masyarakat Cina.
Ditambah 'perisa' pula oleh DAP yang
mempengaruhi masyarakat Cina, padanlah
MCA dan Gerakan pun terikut-ikut dengan
mereka.
Hukum Syariah bukan soal politik, ia
adalah soal Islam dan hukum Allah. Ia
menjangkaui pemikiran jumud Mahathir
yang mahu berpolitik 24 jam seumur
hidupnya. Entah siapalah yang 'punahsihat
Mahathir' ketika itu, mungkinkah 'Sister In
Islam' yang dikendalikan anaknya? -
Amir Hamzah/Utaranews.com