Saturday 29 June 2013

RESTORAN AYAM DAGING SEKSI THAILAND!!!


Pelacur Siam Pelaris Kedai Makan.


JOHOR BAHRU: Seorang bapa ayam yang ligat menawarkan khidmat seks wanita warga asing di sebuah restoran makanan laut di Jalan Meldrum di sini diberkas bersama tujuh pelacur dalam satu serbuan kelmarin.


EMPAT daripada tujuh warga asing yang ditahan dalam serbuan.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Pengarah Imigresen Johor, Khairul Anuar Abu Bakar pada pukul 11.30 malam itu, beberapa pegawai imigresen terlebih dahulu menyamar sebagai pelanggan sebelum berjaya menahan suspek yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan restoran.

Khairul Anuar berkata, modus operandi bapa ayam warga tempatan itu ialah menawarkan pelacur asing dengan bayaran RM150 termasuk sewa bilik di tingkat atas restoran tersebut.

"Bapa ayam itu yang tidak sedar dirinya diperangkap ditahan bersama tujuh pelacur yang ditawarkan kepada pegawai kami yang menyamar sebagai pelanggan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam. -K!

No comments: