Reese Ditahan Kerana Ingkar Arahan Polis.
Pelakon filem Legally Blonde, Resse Witherspoon ditahan polis selepas dirinya dikatakan berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis yang menahan suaminya, Jim Toth kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Selain itu, pelakon itu juga mengingkari arahan polis yang bertugas yang menyuruhnya untuk duduk serta jangan mencampuri urusan polis dengan suaminya ketika itu.
Witherspoon dengan lagak bersahaja menyoal, “anda tahu siapa saya? Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita”.
Menurut sumber Sky News, selepas insiden memalukan itu, Witherspoon dilaporkan berkata, “saya mabuk pada ketika itu dan saya berasa sangat malu dengan segala apa yang saya kata sebelum ini”.
“Ianya merupakan situasi yang menakutkan dan saya berasa takut dengan dengan apa yang menimpa suaminya saya, tapi itu bukannya alasan (untuk ingkar arahan polis),” katanya.
Pelakon genit itu juga menyatakan kekesalannya serta telah meminta maaf kepada polis tersebut di atas kelakuan buruknya itu.-asiannews.
No comments:
Post a Comment