Sunday 16 June 2013
MALANG SUNGGUH LAHIR SEBAGAI MELAYU DI MALAYSIA INI!!!
Penghinaan terhadap raja-raja Melayu semakin keterlaluan dan aktif kebelakangan ini. Walaupun ramai yang mengarah kepada Red Bean Army yang didalangi oleh DAP, hakikatnya pembabitan Melayu-Bumiputera terhadap perbuatan tersebut, menunjukkan bahawa ia adalah disebabkan ‘keseronokan’ dan ‘keterujaan’ yang keterlaluan apabila melakukan penghinaan terhadap raja-raja Melayu.
Apatah lagi, perbuatan tersebut akan disambut dengan penuh meriah oleh para penyokong dan penjilat Pakatan Rakyat.
Seorang wanita Cina menyerah diri kepada pihak berkuasa hari ini setelah tulisan menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Kedah, didedahkan oleh media. Dia hadir ke balai polis bersama-sama seorang peguam.
Di Johor, seorang lelaki Melayu telah diperintahkan membela diri kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina DYMM Sultan Johor setelah pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan yang dibuat terhadapnya.
Namun timbul pertanyaan, berapa ramaikah Cina dan India yang telah dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama berbanding Melayu?
Kita melihat bagaimana pelaku-pelaku dari kalangan Melayu diheret ke mahkamah tetapi kita juga melihat bagaimana pelaku Cina atau India akan ke balai polis untuk memberi keterangan bersama-sama peguam masing-masing dan selepas itu, mereka pun terlepas daripada dikenakan sebarang hukuman berat.
Kepantasan mengambil tindakan walaupun tidak secara rasmi, tetapi boleh dilihat menerusi perbezaan kulit dan mata. Kalau mata sepet, lambatlah tindakannya tetapi kalau ianya Melayu atau Bumiputera, mereka akan cepat-cepat diseret ke mahkamah.
Memang benar, Melayu dan Bumiputera wajar dikenakan hukuman lebih berat dan lebih pantas apabila menghina Sultan-Sultan mereka sendiri kerana faktor Melayu dan Bumiputera mereka yang berada di bawah kuasa sultan-sultan.
Namun atas sebab DYMM Sultan-Sultan Melayu telah memberikan persetujuan agar 1 juta kaum imigran diberikan kerakyatan dan hak kerakyatan di negara ini bermula dari tahun 1955 sehingga 1957, seharusnya tindakan yang sama perlu dibuat kepada mereka. Bahkan lebih-lebih lagi, mereka seharusnya menanggung kesan daripada perbuatan mereka untuk generasi akan datang sebagai teladan.
Pihak berkuasa Malaysia seharusnya mula mengkaji dan mengaplikasikan sebarang undang-undang bagi mencegah perbuatan menghina raja-raja Melayu sepertimana yang berlaku sekarang.
Kalau Kampuchea yang pernah menolak sistem raja, turut mempunyai undang-undang penghinaan terhadap raja-raja mereka, mengapa pula Malaysia yang kononnya mempertahankan sistem raja-raja Melayu, mengambil mudah akan hal ini, terutama yang membabitkan bukan Melayu-Bumiputera?
Majoriti Melayu termasuklah yang menyokong Pakatan Rakyat, bukannya menuntut perkara besar-besar tentang raja-raja Melayu, sebaliknya pemeliharaan hak dan sistem sedia ada dengan penguatkuasaan sebenar dan bukan sekadar lepas batok di tangga.
Apa yang berlaku sekarang, amat mengecewakan.
Serah diri untuk diambil keterangan bersama-sama peguam?
Sememangnya berita itu, sudah dijangka keputusan dan pengakhirannya!
3 comments:
-
-
najib ngan muhyidin kata ok. maka cina kata ok gak.
- 16 June 2013 at 15:59
-
-
dengan Kepimpinan KDN Serta KePolisan Yang dilihat cukup Tegas mudah mudahan Kedaulatan Raja Raja Melayu dapat dilindungi dari penghinaan...Penjara lah hukuman paling setimpal ..denda...tak heran bolih bayar..kepada yang menghina kedaulatan raja raja melayu... dimana
(Kesetiaan kepada raja dan negara) rukun Negara ke 2.... - 16 June 2013 at 18:36
-
-
dengan Kepimpinan KDN Serta KePolisan Yang dilihat cukup Tegas mudah mudahan Kedaulatan Raja Raja Melayu dapat dilindungi dari penghinaan...Penjara lah hukuman paling setimpal ..denda...tak heran bolih bayar..kepada yang menghina kedaulatan raja raja melayu... dimana
(Kesetiaan kepada raja dan negara) rukun Negara ke 2.... - 16 June 2013 at 18:36
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
One Response to Kenapa Double Standard Dalam Tindakan Hina Sultan Bila Babitkan Cina?