Wednesday 12 June 2013

COLI UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI!!!


Bra Unik Ini Dilengkapi Senjata.






Sebuah syarikat yang menghasilkan alat penyimpan peralatan secara tersembunyi, Looper Law Enforcement, baru-baru ini mengeluarkan produk terbarunya, iaitu Flashbang Bra yang dilengkapi sarung pistol. 


Lingerie yang direka oleh Lisa Looper, pemilik Looper law Enforcement, Oklahoma, Amerika Syarikat itu, direka khusus untuk kaum perempuan yang selalu membawa senjata api untuk melindungi dirinya. 


Sarung pistol yang dibuat pada sambungan dua cup di tengah bahagian depan ini, diperbuat daripada shell termoplastik yang mampu menyimpan salah satu daripada lebih 20 gaya pistol yang sedia ada di pasaran. 




Looper mengatakan kepada ABC: "Saya melakukan ini hanya untuk diri saya, tetapi ketika saya sedang berbicara dengan perempuan lain, mereka seolah berkata" Ini sangat bagus, saya juga mempunyai masalah yang sama. " 


Beranjak dari situlah, ibu dari dua anak tersebut kemudian menghasilkan dalam jumlah yang besar agar perempuan-perempuan lain juga boleh mempunyai bra yang dijual secara online seharga 40 dolar AS  ini. Bra ini boleh didapati dengan pelbagai saiz dan warna seperti, merah jambu, hitam dan warna kulit. 




Dipilihnya bra, kerana Looper menilai, itu merupakan tempat yang paling logik untuk meletakkan senjata, di mana perempuan boleh dengan cepat mengeluarkan senjata dari sarungnya. 



Tempat simpanan senjata api tersembunyi ini amat diperlukan, kerana dia menilai, perkhidmatan kecemasan 911 untuk meminta bantuan tidak selalu boleh dilakukan setiap masa. 


"Anda tahu bahawa anda perlu senjata api agar dapat membela diri dengan cepat," tambahnya. 



Rata-rata waktu yang diperlukan untuk mengambil pistol yang disimpan dalam bra lalu menembakkannya sekitar 1.5 saat. Wow, ukuran waktu yang sangat cepat untuk membela diri. anda berminat untuk membeli? 




No comments: