Kenyataan Bangang Pertama Dari Menteri Kitchen Cabinet @NajibRazak.
Nama : Idris Jusoh
Kepakaran : Macamana nak runtuhkan bumbung saperti
stadium,masjid dan lain lain
Guru Pelatih Di IPT & IPG Tiada Jaminan Diserap..Kenyataan "Pening" Idris Jusoh.
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan,
yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari
institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam
(IPTA).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing.
- BERNAMA
P/S : Belum pun 100 hari dah datang 'Sindrom Biul & Bangang' Pak Menteri ini...
P/S : Belum pun 100 hari dah datang 'Sindrom Biul & Bangang' Pak Menteri ini...
KOMEN KD:-
KENYATAAN MENTERI INI MENYEBABKAN GURU PELATIH YANG SEDANG MENUNTUT DI IPG DAN IPTA MENJADI LEMAH SEMANGAT.
MAHASISWA YANG MASUK KE IPG BUKANNYA MAHASISWA SEMBARANGAN.NAK MASUK IPG BUKAN MUDAH.LULUS SPM 7A PUN ADA YANG TAK BERJAYA.
YANG DAPAT MASUK KE IPG ADALAH PELAJAR TERPILIH.MEREKA MEMANG BERMINAT NAK JADI GURU.KALAU TAK MINAT DAH LAMA MEREKA MASUK U.
MANA YANG TAK TERPILIH KE IPG MEREKA TERUS KE TINGKATAN ENAM AMBIL STPM.
DENGAN KEPUTUSAN STPM YANG CEMERLANG MEREKA TETAP MEMILIH BIDANG PERGURUAN DENGAN MEMOHON KE UPSI.
ANAK AKU DUA ORANG MENUNTUT DI UPSI.MEREKA SANGGUP TOLAK TAWARAN DARIPADA BEBERAPA UNIVERSITI YANG LAIN SEMATA-MATA NAK MASUK UPSI.
APAKAH MEREKA INI TIDAK BERMINAT JADI PENDIDIK?APAKAH MEREKA TIADA PILIHAN LAIN HINGGA TERPAKSA MEMILIH BIDANG PENDIDIKAN?
MEREKA YANG MASUK IPG DAN IPTA BIDANG PENDIDIKAN ADALAH KERANA MEREKA BENAR-BENAR BERMINAT.
MEREKA BUKAN MAHASISWA KPLI.MEREKA MAHASISWA YANG SEGAR DAN BERWIBAWA.MEREKA KELUAR NANTI PASTI YANG BERKUALITI UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA.
MEMPERTIKAIKAN KUALITI GURU YANG ADA MERUPAKAN SUATU PENGHINAAN TERHADAP GURU.
APA TAH LAGI MERAGUI BAKAL GURU YANG AKAN KELUAR NANTI SEDANGKAN MEREKA MELEPASI TAPISAN YANG KETAT OLEH PANEL PEMILIH.
INI SATU PENGHINAAN YANG TAK DAPAT DITERIMA OLEH WARGA PENDIDIK.WARGA PENDIDIK BUKAN WARGA POLITIK YANG PENUH DENGAN NODA DAN DOSA!!!!
SILAP KAU LAH WAHAI NAJIB.PILIH-PILIH TEBU DAPAT TEBERAU.
SILAP KAU ORANG JUGA WAHAI WARGA PENDIDIK.PAKATAN PEMBANGKANG DAH TAWARKAN KAU ORANG DENGAN TAWARAN TERBAIK TAPI KAU ORANG TAK NAK TERIMA.
INILAH BALASAN YANG KAU ORANG TERIMA!!!!DIPERHINAKAN SEDEMIKIAN RUPA!!!!!
INILAH PERJALANAN HIDUP MALANG SEORANG GRADUAN PENDIDIKAN !!!
INILAH PERJALANAN HIDUP MALANG SEORANG GRADUAN PENDIDIKAN !!!
Sebelum guru-guru pelatih ni melanjutkan pengajian di institusi
Pendidikan IPG, IPT..mereka telah ditapis yang dinamakan MEDSI..aku tak
tahu maksudnya..sebab guru yang mengadu akan hal ini hanya cakap MEDSI
jer...
Bila dah lulus barulah diambil sebagai pelatih di IPG mahupun IPT..bila
mereka berjaya melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Muda...mereka
ini perlu menghabiskan pengajian lewat 1 tahun (2 semester) berbanding
jurusan Ijazah yang bukan pendidikan...
Perlu diingat!!!ujian MEDSI adalah untuk melihat karakter...selepas
LULUS MEDSI, mereka ini akan terlibat dengan 1 lagi ujian iaitu
TEMUDUGA...selepas lulus kedua-dua saringan ini barulah mereka boleh
melanjutkan pengajian di bidang pendidikan..itu pun bergantung kepada
UNJURAN yang ditetapkan oleh KPM...
Bila berjaya mereka akan melanjutkan pengajian..INGAT!!!mereka ini akan lebih semester berbanding jurusan bukan pendidikan!!!
Selepas menamatkan pengajian..mereka ini perlu menunggu
temuduga!!!Temuduga pun diikut daripada keputusan peperiksaan PNGK atas
2.75..dalam tapisan temuduga ini, penuntut lepasan IPG perlu menganggur
kira-kira 1 tahun...sebelum dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran..bila dah lulus SPP..perlu menganggur lagi untuk tunggu
keputusan KPM untuk penempatan...
Sekarang ini pun sedang berlaku..bagi melengah-lengahkan prosedur...KPM
bagilah segelintir golongan ini untuk menjadi pendidik..itupun dengan
gelaran GURU INTERIM atau Guru Sandaran Terlatih...itu pun SEGELINTIR...
Bila tiada kekosongan..macam-macamlah alasan hendak dicipta...Buat
pengetahuan semua, pelatih GURU ini tidak layak untuk bekerja disektor
selain pendidikan..kerana Ijazah mereka tertera Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan...kecuali pengajian lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan
Pendidikan...
PS: Sebelum nak cakap pasal
kualiti..selesaikan dulu masalah pengangguran guru tu...ramai lagi guru
berkualiti yang sedang menganggur...
6 comments:
Tapisan tu mungkin sbb nak pastikan guru benar2 profesional dan tidak menjadikan pendidikan sbg satu peluang utk menyemai agenda politik kepartian yg ada dlm diri kpd anak murid yg hauskan ilmu.
Setuju sebagai salah seorang guru saya amat kecewa dengan guru dan pensyarah politeknik, kerja malas, tapi bila ada BERSIH sanggup amik cuti pegi jadi pembangkang, siap buat lawak dalam kelas pasal politik, resultnya masa uni dulu memang biasa2 saja, masuk uni pon kuato bumiputera, ibarat menolong anjing tersepit, tak tau berterimakasih kepada polisi kerajaan,bila ditegur dijawabnya rezeki milik Allah..angkuh dan sombong..inilah realitinya
Mana ade bangang idris jusoh tu. betul le ape yang di buat. wat pe pi jamin bakal guru tu dapat keje. Mudah bebenor dapat keje masuk je UpSI gerenti dapat keje. macam mane plak student dari universiti yang lain? dapat di gerenti ke diaorang dapat keje. aku dah bosan dengan karenah cikgu cikgi nie! menyampah bebenor, korang tengok la adam adli tu, belajor ke dia!!!! dah plak tu korang pi tengok plak cikgu cikgi yang dah dapat keje tu, bukan nya buat keje pun, berpolitik adalah. korang bagi tau ape yang kerajaan tak bagi kat cikgu-cikgu nie? macam macam insentif kerajaan bagi, macam macam faedah cikgu cikgu nie dapat, tapi akhirnya diaorang nie jugak le yang menentang kerajaan. bila cakap bab politik diaorang nie le no.1 islam le, integriti la, segala macam diaorang kutuk kerajaan tapi korang tengok le macam mane kualiti pengajaran yang di buat kat sekolah tu? kalo berkualiti tak payah aku antor anak aku pegi tuisyen la!!!! yang best nye cikgu nie, kalo parents mintak diaorang buat kelas tambahan macam macam alasan. kerja berlambak la, banyak bende nak dibuat, tapi untuk personal diri dia, boleh plak wat business dalam sekolah siap jual minyak wangi kat pelajor!!! kepala hotak ko cikgu. buat kelas tambahan tak nak tapi dia bukak kelas tusiyen bebayor bleh plak di bahagikan masa. kerajaan buat pelbagai kaedah untuk menaiktarafkan pendidikkan anak anak kita termasuk le bagi cikgu cikgi nie gaji yang besor, faedah yang lumayan tapi apa kita sebagai parent dapat??? hampeh.....buang je kesemua cikgu cikgu yang tak menunjukkan prestasi yang baik tu. buat perabih boras je....kalo bab duit cikgu nie le no.1, hilang integriti hilang akautabiliti hilang transpirasi...bende2 nie la you all dok kutuk kerajaan tapi korang jugak yang buat. kalo korang buat kerja dengan baik seperti yang di gariskan oleh panduan yang di buat kerajaan, tak payah majoriti parents hantar anak2 diaorang pi tuisyen...saya setuju kesemua bakal2 cikgu tu di beri jaminan tempat dalam kerajaan. Untuk pengetahuan, IPG IPG tu le kilang kilang yang melahirkan pengkhianat pengkhianat kerajaan dan bangsa melayu yang berkualiti!!!!!!!
guru yang dah dapat kerja tu yg selalu buat hal.berpolitik dalam sekolah,turun demo dan sebagainya..kan elok kalau mereka2 ini ditukarkan
Tindakan Idris Jusoh tu memang betul. Cikgu yg cemerlang akademik bukan semestinya boleh menjadi guru yang baik. Hakikatnya, mereka ini menjadi duri dalam daging kepada pentadbir sekolah.
Kebanyakan guru yg tidak berkualiti di sekolah tidak sanggup datang hari Sabtu dan Ahad untuk aktiviti perkhemahan. Jika datangpun, terpaksa sebab arahan pentadbir dan kutuk pentadbir dari belakang.
Ketika cuti penggal, pentadbir arah buat kelas tambahan tiga hari pertama (cuti seminggu) dan lima hari pertama (cuti 2 minggu), maka masing-masing muncung sedepa. hehehe...
Apabila diminta menjadi pengawas peperiksaan SPM atau STPM dan pemeriksa kertas, sebahagian besar guru menolak sebab akan mengganggu waktu cuti mereka. Tapi kalau peperiksaan UPSR atau PMR, mereka berebut sebab periksa tu waktu sekolah dan mereka tak perlu masuk kelas.
Cikgu juga tidak berminat aktiviti kokurikulum. Melatih pelajar sekadar melepaskan batuk di tangga. Bentuk pasukan sekolah cuma berlatih seminggu je. Hari pertama, pengumuman kepada murid yang berminat agar datang petang esok. Hari kedua, pilih murid yang wakil sekolah. Hari ke-3 dan ke-4 berlatih. Hari ke-5, petang Jumaat batal latihan sebab cikgu nak balik kampung. Hari ke-6 dan ke-7, cuti hujung minggu. Hari ke-8, pertandingan.
Sebab itulah, sekarang Malaysia sukar nak cari jaguh dalam bidang sukan.
Betul tak cikgu......? hehehe...
Aku mula faham perangai cikgu sejak aku dilantik jadi AJK PIBG.
Biasanya dalam sekolah cuma ada 30% cikgu yang bagus. Jika sekolah tu ada 40 guru, 12 orang je yang bagus. Jika guru ada 80, 24 je yang bagus.
Guru yang bagus biasanya dikerah mengajar kelas peperiksaan sebab mereka tak banyak songel buat kelas tambahan tiap-tiap hari. Mereka juga sanggup jadi pemeriksa kertas pada waktu cuti. Jadi pengalaman ini menyebabkan mereka diminta mengajar kelas peperiksaan.
susah-susah sangat ajarlah sendiri anak kau orang.
aku ni cikgu.kalau 30%aje yang bagus tak yah kerja lebih2.ajar macam biasa tunggu pencen aje.
peduli apa aku kpd manusia yang tak tau berterima kasih.
ajk pibg,awok ajk pibg sek. mana?nak kenal sangat kaki fitnah dan kaki kutuk macam awok ni.biasanya yg perangai macam awok ni kontraktor aje.
hidup pun kerajaan yang suap!
Post a Comment