Friday 17 May 2013

SELUAR DALAM BIKIN RAMPING!!!

 


[Unik] Seluar Dalam Yang Mengandungi Kafein, Mampu Menghilangkan Selulit.

Masalah selulit sering dikaitkan dengan golongan wanita yang bertubuh gempal dan sudah meningkat usia..Kini, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan adanya produk terbaru pakaian dalam yang mempunyai kandungan kafein yang dikatakan mampu menghilangkan masalah selulit..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Masalah selulit merupakan masalah pada kulit yang sangat menganggu. Pelbagai krim dan gel yang dijual di pasaran bagi menghilangkan selulit nyata tidak selalunya berkesan. Kini, terdapat inovasi lain bagi menghilangkan selulit, iaitu dengan mengenakan pakaian dalam yang mengandungi kafein. 
 
Produk pakaian dalam dari Perancis ini akan memasukkan cairan kafein khusus yang akan membantu menghilangkan selulit ketika ia dipakai. 
Jenama dari Simone Perele itu menamakan produknya sebagai 'Top Model' bagi membuatkan para wanita berasa seksi dan bebas memakai seperti seorang model. 
 
Pakaian dalam yang unik ini diperbuat dari bahan Lycra dan lace yang mengandungi microfibre microencapsulated dengan teknologi pelangsingan badan yang terdiri daripada kafein, vitamin E, retinol dan Aloe Vera.
 
Dalam proses kajian yang dijalankan pihak perusahaan tersebut, hasilnya, 63 peratus pengguna wanita akan kekurangan selulit dalam tempoh masa 28 hari. 
Menurut seorang pemilik klinik kecantikan iaitu 'Nataliya Robinson Skin Clinic' menyatakan bahawa kafein tidak dapat menghilangkan selulit secara keseluruhan namun hanya mampu membantu mengurangkan masalah tersebut. 
 
"Pertama, belum ada rawatan khusus untuk menghilangkan masalah selulit sepenuhnya. Menurut kajian, selulit merupakan gangguan dalam jaringan ikat (jaringan tersebut telah rosak dan tidak dapat menyokong lapisan paling dalam pada kulit), peredaran limfatik lamban, dan masalah pada hormon estrogen. 
 Maka dengan aplikasi kafein, ia dapat membantu meningkatkan tahap peredaran lamban dan akan menyokong jaringan ikat untuk membantu proses penyembuhan," komen Nataliya Robinson seperti yang dikutip dari Daily Mail. 

Tidak hanya dapat menghilangkan selulit, produk pakaian dalam ini juga dikatakan dapat dicuci sebanyak 100 kali, dan berfungsi dalam melangsingkan perut, merampingkan pinggul dan mengangkat bahagian punggung.
 
p/s: Ada yang nak cuba ke?

No comments: