Saturday 18 May 2013

KE MANA LESAPNYA WANG UMNO???SIAPA KAKI KEBASNYA???




KEHILANGAN YANG TAK DAPAT DIKESAN.



KE MANA KAU MENGHILANG?KU CARI-CARI TAK JUMPA-JUMPA DIA PUNYA DALANG!!!


 
KETIKA AKU MELAYARI INTERNET PAGI TADI AKU TERSESAT KE BLOG PANAS POLITIK JERANTUT.

 
 
SUDAH TENTULAH BLOG TELINGA BESI WZWH.AKU BACA BLOG WZWH TENTANG TITO PRESIDEN YUGOSLAVIA.AKU TERPANDANG RUANGAN KOMEN.ADA SATU KOMEN SAJA TAPI KOMEN NI BISA AMAT.
 
AKU RASA SUKAR AKU NAK PERCAYA KOMEN NI.TAPI BILA FIKIR BALIK SEMULA TERASA SANGSI JUGA.ENTAH-ENTAH BENAR KOMENNYA TU.
 
TERTANYA-TANYALAH AKU PADA DIRI SENDIRI.BETUL KE BOHONG?
 
SI PENGOMEN NI MENGAKU YANG DIA MENDAPAT MAKLUMAT DARIPADA SUSK MB.NAMANYA AKU TAK INGAT.AKU BUKAK SEMULA BLOG WZWH UNTUK PASTIKAN NAMA SAMARANNYA.KOMEN ITU TELAH DIDELETE KAN OLEH WZWH.PENAKUT JUGA WZWH NI YE!!!
 
ISI KOMENNYA MENJELASKAN BAHAWA MB TELAH MEMBERI WANG KEPADA CALON PARLIMEN SEBANYAK RM 1.1 JUTA UNTUK BELANJA KEMPEN.SI PENGOMEN NI BERTANYA KEMANA PERGINYA DUIT ITU SEDANGKAN BANYAK CAWANGAN YANG MERUNGUT TAK DAPAT WANG DARIPADA CALON PARLIMEN.
 
DIA BERTANYA LAGI SIAPA YANG KEBAS DUIT TU?CALON PARLIMEN KAH?LALAT LANGAUNYA KAH?ATAU HANTU TOYOL KAH?
 
TERNYATA KETIDAKPUASAN HATINYA TELAH TERLONTAR KE LUAR.
 
AKU SIARKAN KISAH INI BUKAN UNTUK MENUDUH SESIAPA.AKU SEBAGAI RAKYAT MARHAEN MENGAMBIL BERAT LUAHAN HATI MANUSIA KERDIL.MANUSIA YANG TAK MAMPU MENGADU KETIDAKPUASAN HATINYA MELALUI MEDIA PERDANA YANG DIKONTROL OLEH KERAJAAN.
 
DIA TAK MAMPU GUNA SALURAN BLOG YANG CONDONG KEPADA KERAJAAN.ALAMAT KENA DELETE LAH JAWABNYA.

MENJADI TANGGUNG JAWAB PIHAK BERKENAAN UNTUK MEMBERIKAN PENJELASAN SECARA TERPERINCI AGAR KEKABURAN MENJADI KECERAHAN.
 
WALAU WANG TERSEBUT WANG SUMBANGAN PERIBADI YANG TAK DIAUDIT NAMUN IANYA MENYENTUHI TENTANG INTERGRITI DAN KETELUSAN PEMIMPIN!

 
JANGAN SAMPAI AHLI UMNO MEMANDANG SERONG KEPADA PEMIMPIN YANG TELAH MEREKA PILIH.
 
PILIHAN RAYA ADALAH PROSES PENYEDIAAN PEMIMPIN YANG AKAN MENCORAKKAN KERAJAAN YANG DIPILIH BUKAN PROSES MENCARI LABA UNTUK MEMBUNCITKAN PERUT INDIVIDU YANG SERING KELAPARAN!!!
 
DIHARAPKAN LUAHAN HATI PENGOMEN TERSEBUT TIDAK BENAR!!!



 

No comments: