Friday, 28 June 2013

BOHSIA OH BOHSIA!!!



Kesian! Rintihan BOHSIA suci akibat dirogol beramai-ramai.




Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. 

Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. 

Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka... .

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. 

Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . 

Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. 

Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. 

Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. 

Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.


Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. 

Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. 

Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. 

dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.


"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. 

Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. 

Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. 

Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. 

Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. 

Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang...


"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"
Bersambung..............

JANGAN SAAMPAI MENGANUT AGAMA MAJUSI WAHAI PENCACAI PAKATAN PEMBANGKANG!!!!



Kenapa mesti berkorban untuk fahaman parti politik..tapi tidak berkorban untuk peganan akidah...cara doa dah Allah tunjuk...duduk dan tawadduk..sekiranya tiada tempat duduk..berdiri dan tadah tangan...bukan pegang lilin..


 Minta maaf,makin lama saya tengok orang melayu yang begini serta buat rusuhan,makin saya kesian pada mereka kerana akal & fikiran Allah S.W.T berikan kepada mereka,mereka buang dari dalam diri mereka... padahal mereka mengatakan mereka tahu serba segalanya,...


Sebusuk-busuk orang umno tak 'sebusuk' puak-puak kau orang ni..dah la busuk...banggang tahap abadi pulak tu...ni budaya  mana dia orang ikut ni....dok pegang lilin bagai.....semacai-macai umno pun tak sepencacai puak kau orang ni.....selangor PR menang orang-orang umno relax je..




Sambut krismas pakcik ni,agaknya!



3 suku pun tapi tak lah seteruk dia orang ni......ada kau orang nampak orang-orang umno pegang lilin pergi tidur tengah-tengah jalan macam orang tak ada rumah...pasang khemah bagai pelarian...!!sejahil-jahil orang umno dan Bn dia orang tak buat benda-benda mengarut ni....tapi 'SEMULIA-MULIA' ORANG PAS dan PR TENGOK LA APA DIA ORANG BUAT? ( tak semua orang pas macam ni)....???




Bahaya dia orang ni..sesat dan lagi menyesatkan..ikut sangat la budaya Jesus gereja yang suka bermain lilin..kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat..


ustaz-ustaz PAS sila bersuara supaya tak terpesong lebih jAUH..


 Lagi satu,ni semua dah sesat lagi menyesatkan! Yang orang-orang melayu ikut sekali tu tahu ke apa sebenarnya memegang lilin macam tu? Bila nak sedar orang melayu ni daripada dipergunakan oleh DAP? 

Betul kata-kata Lim Kit Siang...maruah orang-orang melayu ni cuma rm100...bagi sedikit gula-gula je dah taksub dan memuja sampai macam ni sekali! Di mana akidah dan kewarasan anda sebagai seorang umat islam? Kerana politik sanggup berkelakuan sebegitu rupa? tak ingat pada Allah? Tak ingat dosa? Tak ingat api neraka? Jangan sampai MENANG SORAK KG TERGADAI MEMANG PADAN MUKA!


Golongan yang hendakkan kebebasan mutlak tanpa terikat dengan hukum hakam agama.,golongan ni sudah sokong PKR yg berfahaman liberal total..(Agama Din Illahi)

 Bodoh..kalau orang umno yang pgang lilin macam ni..confirm orang pas cakap orang umno sesat le..rosak akidah le..tapi kalau orang dia smua nya tak pe..puuuiii punya orang..!!!


Mana UAI??? Suruh dia bagi ceramah sikit!

 Tapi aku rasalah mana dia berani.. kalau dia larang alamat miss lah bayar hutang kereta dan nafkah bini- bini nya tu...

Yang jelasnya mereka ni terikut-ikut, samada betul atau salah bukan keutamaan bagi mereka. Sebabnya mereka mudah diperbodohkan. Bukannya pandai tapi memandai mandai. Yang berserban tu, bacaan Al Fatehah mereka pun belum tentu  betul, tu sebab jadi macam tu. 

Kasihan mereka ni, di perbodoh-bodohkan. Semoga Allah menyedarkan mereka dari ditipu oleh penipu antarabangsa tu. AMIN

AWAS JIKA TERIMA MISS CALL BERACUN!!!JANGAN CALL SEMULA!!!


Perhatian Utk Semua Rakyat Malaysia!



Ada orang yang menerima panggilan dari 

+375602605281
, +37127913091 atau sebarang 

nombor yang bermula dengan 
+375 atau +371 atau 081, 

hanya satu deringan dan terus putus 
dengan meninggalkan 

pesanan "missed call". 



Jika anda 
membuat panggilan semula ke nombor tersebut, 

anda akan 
dicas sebanyak $15-$30,dan semua senarai 

contact akan 
disalin dalam masa 3 saat. 



Jika anda mempunyai maklumat 
akaun bank dalam 

telefon pintar anda, mereka boleh 
menyalinnya. 

Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari 

Latvia. 



Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor 

tersebut.



Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan 

keluarga anda.



SAYA Prihatin! Anda Bagaimana?

Gambar: Perhatian Utk Semua Rakyat Malaysia!

Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.

Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.

SAYA Prihatin! Anda Bagaimana?

PEMIKIRAN PENGIKUT TARAF TANDAS,PEMIMPIN TARAF KERTAS TANDAS!!!!



Politik Hingga Ke Tandas Masjid | UMNO PARTI YAHUDI (Gambar Menarik)

Posted by Mohamadazhan





Sebelum melepas hajat, ni hasilnya...sempat mengambil gambar tandas sebuah masjid di Lembah Klang. Politik hingga ke tandas masjid. 

Huh! Orang Malaysia memang suka politik! Hingga ke tandas disampaikannya mesej. (Itu positifnya) Tetapi mencemarkan masjid dengan kata-kata kesat dan contengan bukan-bukan juga bukan amalan umat Islam. (Itu negatifnya).

Teruskan berpolitik dengan lebih bijak, elakkan caci maki fitnah sana sini. Kerana kita tahu semua punya idealisme yang berbeza. Saling hormat-menghormati. Si nakhoda perlu memandu kapal sebaik mungkin supaya anak kapal tidak membocorkan kapal hingga karam akhirnya.

*UMNO ialah United Malays National Organisation dalam bahasa Melayunya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Pembetulan kepada tulisan di tandas =)

Thursday, 27 June 2013

BAYANGAN FASHA SANDHA!!!



Gambar adik Fasha Sandha yang cantik menawan - Siapa menyangka pelakon terkenal, Fasha Sandha mempunyai seorang adik perempuan yang cantik dan menawan serta mempunyai paras wajah hampir sama dengan Fasha sendiri. 

Sama cantik dan sama menawan, admin sendiri sukar untuk membezakan mana satu kakak dan adik. Cukup mengelirukan.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar adik Fasha Sandha yang dikatakan bakal menjadi model terkenal suatu hari nanti kerana bakatnya yang semulajadi.