Sunday, 5 May 2019

Bani jawi!

 ada Melayu - Keturunan 

Nabi Ibrahim Yang Hilang


Siapakah Melayu? Dari Manakah
asalnya Melayu itu?






Ketika ramai pengkaji

memperdebatkan kaum-kaum
yang hilang seperti TheLost
Tribe of Israel, Atlantis,
Lemuria, Sodom and Gomorrah
malah masih mencari-cari
siapakah Gog and Magog,
 rahsia bangsa misteri ini
masih terpelihara di dalam
tabut rahsia sejak beribu-ribu
 tahun. Tiada siapa yang tahu
dari mana asalnya bangsa ini.

Bagaimana bangsa ini boleh

wujud di tanah paling selatan
 benua Asia, 'di penghujung dunia'.

Bangsa yang hilang masih tidur

dan ditidurkan. 'Di hujung dunia',
setelah penat mengembara,  bangsa
misteri berehat dan berehat...
tidur dengan lenanya... senyap
sunyi tanpa siapa mengganggu
walaupun Hitler telah pergi
 ke Tibet menjejak bangsa misteri,
tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri
 ini meneruskan perjalanan mereka?
 Masih adakah masa lagi untuk
menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih

 nyenyak tidur!






KETURAH, IBU MELAYU


Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni

wanita yang dinikahi oleh Nabi
 Ibrahim a.s selepas kewafatan
 Sarah. Menerusi perkahwinan
 tersebut, Keturahmelahirkan
enam orang anak iaituZimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak
dan Shuah.

 Menurut riwayat Ibnu Athir

dalam kitabnya, Al-Kami fil
Tarikh, umat Nusantara termasuk
Melayu bersalasilahsecara terus
dengan Ibrahim melalui zuriatnya
dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam

 kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama
Melayu itu berasal dari perkataan
Malai-Ur sempena nama
kerajaan Chaldea tempat asal Nabi
Ibrahim a.s. Ada juga pendapat
menyatakan bahawa Melayu berasal
dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai

Orang Malai oleh beberapa bangsa
 lain tapi orang Arab cenderung
memanggil orang Melayu sebagai
Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit
 atau gunung) ini mungkin telah
mendiami Kemboja sebelum
 kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke
situ, dan hampir pasti Keturah
adalah orang Malai. Apa maknanya
semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi

 itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah

manuskrip kuno, Keturah adalah
 isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi

Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim
 a.s. untuk berkahwin dengan ibu
angkat beliau dari kerajaan Champa
Kuno (bukan Champa Baru di era
 Angkor).

Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju

 dan berkahwin dengan Keturah dan
telah dikurniakan ALLAH 6 orang
anak. Nama anak-anak Keturah
adalah Zimran, Jokshan, Medan,
Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi

pengasas kepada bangsa Melayu.
 Melayu diambil dari perkataan
 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).
Lihat, nama ini sama dengan nama
yang tertulis dalam manuskrip yang
 dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah

inilah yang ramai tinggal di Tanah
Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo,
Sulawesi dan Mindanao.

Kesemua tempat ini merupakan

 tempat yang mempunyai tulisan
 purba yang diadaptasi dari tulisan
Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani).

Tulisan Rencong adalah tulisan

rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir
serupa.

Agama rasmi Melayu adalah agama

Jawi. Agama Jawi adalah agama
Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan
ada perkaitan dengan Levi, iaitu
anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua
Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s.
di kalangan Bani Israel.

Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat

 sarjana Barat untuk mengkaji bangsa
Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL

BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun

beliau melahirkan bangsa Melayu,
Keturah adalah daripada bangsa
Mala.

MELAYU ADALAH BANGSA MALA

+ (YANG MEMPUNYAI DARAH
KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S).

 Sekiranya kita lihat orang-orang asli

seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa
 mereka adalah diambil dari bahasa
 Mala.

 Semua bangsa seperti Mahmeri,

Jakun, Iban, Kadazan, Melanau,
Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.

DNA bagi bangsa ini adalah

01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan
purba yang sedia ada di Timur ketika
zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi
yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon')
tetapi ini bukan kaum Mon pada hari
 ini kerana pertama kaum Mon pada
 hari ini bukanlah Melayu pada
 ertikata sebenarnya dan yang kedua
 jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia
adalah proses asimilasi Mala/Melayu
 yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina.
Perlu diingat Melayu juga boleh
 kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan
 budaya seperti yang berlaku pada
orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Jadi orang Mon pada hari ini

bukanlah Melayu pada ertikata
sebenarnya kerana akibat
 percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka
 masih mencari-cari kerajaan purba
mereka yang dinamakan
'Suvarnabhumi'-menunjukkan
mereka mungkin masih mahu
menjejak moyang Mala mereka).


No comments: