Saturday, 3 September 2016

KHAIRY YANG SIBUK-SIBUK,KENAPA?


Demi ketelusan, Khairy serah pen drive kepada SPRM


Diatas kepentingan umum dan ketelusan Menteri Belia dan Sukan, YBM Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan pen drive dan senaskah salinan laporan teknikal berhubung isu bola sepak negara FAM kepada pihak SPRM.

Khairy tiba di perkarangan Ibu pejabat SPRM jam 11:15 pagi tadi. Beliau menyerahkan pen drive tersebut kepada Dato Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Terdahulu Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pen drive tersebut kepada Khairy kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.





PERSOALANNYA SEKARANG IALAH KENAPA KHAIRY YANG SIBUK-SIBUK BERURUSAN DENGAN PIHAK SPRM?

KENAPA TMJ TIDAK MAHU MENYERAHKAN SENDIRI KERANA BAGINDA YANG MEMILIKI BUKTI TENTANG KETIRISAN FAM ITU?

LAGI PUN BAGINDA SENDIRI TERLIBAT SECARA LANGSUNG MELALUI KELAB MILIK BAGINDA DALAM ARENA BOLASEPAK NEGARA.SEPATUTNYA BAGINDA YANG MENYERAHKAN BUKTI TERSEBUT KEPADA SPRM.

ADALAH LEBIH ELOK KHAIRY SEBAGAI MENTERI SUKAN TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM MASALAH  MANA-MANA PERSATUAN SUKAN.SEBAGAI MENTERI BELIAU PERLU MENJADI PIHAK YANG BERKECUALI,BUKAN JADI ORANG YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG.

INI MENAMPAKKAN SIKAPNYA YANG SEBENAR YANG MEMIHAK KEPADA SEBELAH PIHAK.SEOLAH-OLAH ADA DENDAM YANG TERBUKU.MELIHATKAN KEPADA KENYATAAN BELIAU YANG LEPAS-LEPAS YANG SERING MEMBIDAS PIHAK FAM DAN TERKINI TERLIBAT SECARA LANGSUNG MENGHANTAR SENDIRI PEN DRIVE MILIK TMJ KEPADA PIHAK SPRM JELAS MENYERLAHKAN LAGI SIKAPNYA YANG SEOLAH-OLAH ADA DENDAM YANG BELUM TERLERAI DENGAN FAM.

KALAU SETAKAT DEMI UNTUK KEPENTINGAN UMUM DAN KETELUSAN, SIAPA-SIAPA YANG TERLIBAT DENGAN ARENA BOLA SEPAK PUN BOLEH MELAKUKANNYA.TMJ ATAU PEGAWAI-PEGAWAI KELAB JDT PUN BOLEH MENYERAHKAN SENDIRI KEPADA PIHAK SPRM!!!

APA YANG KITA BIMBANGKAN ADALAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH FIFA
TERHADAP FAM KERANA ADA CAMPUR TANGAN PIHAK KERAJAAN MELALUI MENTERI BELIA DAN SUKANNYA.

PBSI PERNAH DIGANTUNG OLEH FIFA GARA-GARA MENTERI SUKAN INDONESIA CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN BOLA SEPAK INDONESIA.

KALAU YE PUN NAK AMBIL HATI BAGINDA TMJ JANGANLAH SAMPAI MELETAKKAN DIRI KE TAHAP BALACI!!!BUDAK PENJABAT PUN BOLEH SERAHKAN BUKTI KEPADA PIHAK SPRM!!!


PARTI KECEWA MERUNTUN HATI YANG KECEWA!!!



UMNO ditubuhkan dahulu adalah kerana ingin membela bangsa Melayu.Maka ramailah umat Melayu yang sayangkan bangsa berduyun-duyun menyertai UMNO.

PAS ditubuhkan dahulu adalah kerana ingin menegakkan syiar Islam di Tanah melayu ini.Maka ramailah melayu Islam yang sayangkan agama berduyun-duyun menyertai PAS.

DAP, MCA dan GERAKAN ditubuhkan dahulu kerana ingin membela bangsa bukan melayu.Maka ramailah dalam kalangan mereka berduyun-duyun menyertai parti tersebut.

Dengan keahlian yang ramai berdasarkan hala tuju parti masing-masing maka parti-parti tersebut terus hidup segar dan bugar.Parti-parti tersebut mempunyai dasar dan hala tuju yang jelas dan nyata.Maka ianya terus mendapat sokongan ahli-ahlinya yang relevan dengan dasar dan hala tuju yang di perjuangkan.

Persoalannya sekarang, apakah hala tuju dan dasar yang dibawa oleh pendokong Parti Peribumi bersatu ini?Bagaimana pula dengan PAN?

Parti yang berdasarkan kekecewaan amat sukar meraih sokongan akar umbi.Hala tujunya tidak jelas dan nyata.Dasar perjuangannya sukar diteka.Akhirnya mereka sendiri yang teraba-raba.

Parti yang berdasarkan kekecewaan pemimpinnya hanya berjuang untuk melepaskan rasa kecewa yang terbuku di hati.Golongan yang kecewa akan suka mengada-adakan cerita yang tak berpijak di bumi nyata.Yang penting rasa kecewa terlerai meninggal dada yang terbuka.

Parti yang bersandarkan rasa kecewa mungkin hanya akan dapat sokongan orang-orang yang kecewa.

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang terpalit dengan rasa kecewa yang membabitkan kekecewaan sesetengah para pemimpin???


Thursday, 1 September 2016

DAKWAAN HANYA SEKADAR TUDUHAN TANPA BUKTI!!!



Tentu ramai bertanya kenapa tiba-tiba setelah sekian lama Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat dakwaan terbaru berkaitan dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ceramahnya di Ketereh,Kelantan kelmarin bekas Timbalan Perdana Menteri itu dakwa konon sudah ada RM1 billion dalam akaun itu sebelum dana dari Arab Saudi RM2.6 billion masuk.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Ahmad Selasa mengeluarkan satu kenyataan menafikan dakwaan terbaru itu.

Katanya mungkin dakwaan terbaru ini satu cubaan Muhyiddin untuk alih perhatian dari akuan bersumpah kes cerai Nika Gee.

(Kes cerai itu yang sudah masuk mahkamah mencuri perhatian ramai.Ini kerana dalam surat akuan bersumpah suami wanita itu,seorang bekas pendakwaraya mendakwa seorang tokoh politik ada hubungan sulit dengan isterinya).

Tengku Sarifuddin bertanya bagaimana beliau hendak jadi Presiden sebuah parti baru yang dinaungi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bila ada rekod mahkamah dakwa beliau ada hubungan sulit dengan isteri orang selama beberapa tahun.

Katanya kredibiliti dan moral Muhyiddin sudah musnah.

Dakwanya adalah jelas dalam mencapai matlamat politik beliau cakap lain dan dalam hal peribadi buat lain.

Katanya ketika beliau menyerang Perdana Menteri dengan dakwaan rasuah…orang dalam semua tahu mengenai sejarahnya sebagai Menteri Besar Johor.

Mengenai akaun dana Perdana Menteri,Tengku Sarifuddin  berkata ia telah disiasat dengan teliti oleh pelbagai pihak berkuasa dan semuanya dapati ia tidak langar sebarang undang-undang.

Selain itu pihak SPRM pergi ke Arab Saudi untuk periksa semua dokumen perundangan dan ambil keterangan dari wakil penderma.

Menteri Luar Arab Saudi sendiri juga mengesahkan dana dalam akaun Perdana menteri adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi.

Tengku Sarifuddin menilai Muhyiddin seorang yang kecewa selepas digunakan sebagai boneka Dr Mahathir.

Beliau tidak akan jadi Perdana Menteri seperti dijanjikan kerana cubaan untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik sudah gagal.

“Sekarang beliau terdesak…kenapa perlu sesiapapun percaya apa yang beliau cakap?” katanya.