Saturday, 6 July 2013

ZALIM DAN DIZALIMI!!!


MENOLONG Orang ZALIM dan Yang DIZALIMI.



Daripada Anas RA katanya, Rasulullah 
SAW bersabda, “Tolonglah saudara 
kamu yang zalim atau yang dizalimi”. 

Berkata seorang lelaki, “Wahai 
Rasulullah, aku akan menolongnya 
jika ia dizalimi, bagaimana pula 
aku akan menolongnya jika dia 
seorang yang zalim?” 

Jawab baginda, “Engkau boleh 
menahannya daripada melakukan 
kezaliman, maka yang demikian 
bererti engkau menolongnya”.

MENOLONG Orang ZALIM dan Yang DIZALIMI


Huraian Hadith:

1) Orang Islam wajib menolong 
saudaranya yang dizalimi.

2) Orang Islam wajib menahan dan 
mencegah saudara seagamanya 
daripada melakukan kezaliman. 
Inilah yang dimaksudkan dengan 
menolong saudara yang zalim, kerana 
dengan menghalangnya daripada 
kezaliman bererti kita telah 
menyelamatkan daripada dosa dan azab.

3) Islam ialah agama yang 
menentang kezaliman dalam apa-apa 
bentuk sekalipun sama ada 
berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.

Sumber: jakim (MENOLONG Orang 
ZALIM dan Yang DIZALIMI).

No comments: