Wednesday 31 July 2013

JANGAN SAMPAI MALAYSIA JADI MACAM INI.MAUTLAH YANG MENUNGGU!!!!


Teringat dengan sejarah rusuhan Ambon dimana perkara yang sama juga berlaku, ramai yang mati akibat dari rusuhan itu, sekumpulan jemaah islam yang sedang bersolat telah di bakar hidup-hidup di Ambon.

Ambon maluku
Saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicarakan tentang Sejarah Pemberontakan di Ambon. Ambon terletak di Kepulauan Maluku dan majoriti penduduknya adalah Kristian. 

Pada awal tahun 1980an, di sebabkan oleh kepadatan penduduk di kepulauan Jawa, Soeharto pada ketika itu telah menempatkan sebahagian penduduk immigrant Muslim di Kepulauan Maluku khasnya di Ambon. 

Dari situ, terjadi banyak persengketaan wilayah dan sebagainya. Dipendekkan cerita, penduduk disembelih dan dibunuh. Lebih puluhan ribu dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita.

Ambon  September 2011.

Pemberontakan terjadi lagi di Ambon kali ini mengenai satu perkara yang sangat-sangat lah bodoh. Bagi saya lah, mereka ini tidak layak mewakili agama Islam dan Kristian kerana tiada persefahaman langsung dalam sesebuah daerah itu. Orang Indonesia secara general terlalu bersikap sensitif dan emosional dan membuat sesuatu perkara tanpa usul periksa dan fikiran yang relevan.
Maluku Ambon Rusuhan
Malaysia juga boleh terkena bebenda macam ni jika kita bersikap sambil lewa dalam perpaduan. Kita mempunyai berbilang bangsa dan agama dan menjaga sensitiviti sesuatu agama adalah sangat penting. Orang Islam jangan hina orang agama lain dan juga sebaliknya.
Jangan ada provokasi-provokasi diantara kita. Kerana ia boleh menjurus kepada rusuhan sesebuah negara. Rusuhan boleh melemahkan ekonomi negara. Lihat apa yang telah terjadi di negara-negara Afrika,Latin dan Negara timur tengah dimana mereka berperang sana sini.-tokobakso.

No comments: