CERITA tentang Pahlawan NERAKA.
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku
di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik.
Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat
untuk mengalahkan antara satu sama lain.
Tiba saat pertempuran itu diberhentikan
seketika dan kedua-dua pihak pulang ke
sahabat telah berkumpul membincangkan
tentang pertempuran yang telah berlaku itu.
Peristiwa yang baru mereka alami
itu masih terbayang-bayang di ruang mata.
Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum
dengan salah seorang dari sahabat mereka
iaitu, Qotzman.
Semasa bertempur dengan musuh, dia
kelihatan seperti seekor singa yang lapar
membaham mangsanya. Dengan keberanian
nya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika
itu.
“Tidak seorang pun di antara kita yang
dapat menandingi kehebatan Qotzman,”
kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun
menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah
golongan penduduk neraka.”
Para sahabat menjadi hairan mendengar
jawapan Rasulullah itu. Bagaimana
seorang yang telah berjuang dengan
begitu gagah menegakkan Islam boleh
masuk dalam neraka.
Para sahabat berpandangan antara satu
sama lain apabila mendengar jawapan
Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak
begitu percaya dengan ceritanya, lantas
baginda berkata, “Semasa Qotzman dan
Aktsam keluar ke medan perang bersama-
sama, Qotzman telah mengalami luka parah
akibat ditikam oleh pihak musuh.
Badannya dipenuhi dengan darah.
Dengan segera Qotzman meletakkan
pedangnya ke atas tanah, manakala
mata pedang itu pula dihadapkan ke
dadanya. Lalu dia terus membenamkan
mata pedang itu ke dalam dadanya.”
“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana
dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat
dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati
bukan kerana berlawan dengan musuhnya,
tetapi membunuh dirinya sendiri.
Melihatkan keadaannya yang parah, ramai
orang menyangka yang dia akan masuk
syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya
sebagai penduduk neraka.”
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia
mati, Qotzman ada mengatakan, katanya,
“Demi Allah aku berperang bukan kerana
agama tetapi hanya sekadar menjaga
kehormatan kota Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum Quraisy.
Aku berperang hanyalah untuk membela
kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu,
aku tidak akan berperang.”
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman
Hakim.
Wallahualam.
Sumber: AI (CERITA tentang Pahlawan
NERAKA).
No comments:
Post a Comment