Saturday 13 July 2013

Kisah Syahdu Pengislaman Hana Tajima.
































HANA TAJIMA SIMPSON satu nama besar 
dalam arena fesyen muslimah masa kini. 
Dimana-mana nama dan busana dan 
rekaan tudungnya boleh didapati. Hana 
Tajima merupakan gadis kacukan Jepun + 
British dan telah memeluk Islam kira-kira 
7 tahun lepas (2005). Antara pakaian artis 
yang telah direka oleh Hana adalah 
Yuna dan ramai lagi. Untuk pengetahuan 
semua, Hana Tajima sudah pun berkahwin.


Hana Tajima Memeluk Islam Kerana Tertarik 

Akhlak Muslim

Sejak kebelakangan ini, nama Hana 
Tajima Simpson mula menjadi topik 
perbincangan di kalangan blogger 
Muslimah. Rekaannya jadi popular kerana 
gaya berhijabnya yang unik dan lebih 
kasual. Wajah manis ini juga telah mula 
menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang 
pereka fesyen membuat kejutan melalui 
produk dengan jenama Maysaa. Produk yang 
telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa 
hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama 
tersebut, Hana mencuba untuk 
memperkenalkan gaya berbusana yang 
trendi, namun tetap sesuai dengan syariat 
Islam di kalangan Muslimah.

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, 
Hana datang daripada latar belakang 
keluarga Kristian yang tidak terlalu 
mementingkan agama dalam kehidupan 
mereka. Ayahnya berasal dari Jepun 
manakala ibunya merupakan seorang 
wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam 
bermula semasa belajar di sekolah tinggi. 
Hana bertemu dan bersahabat dengan 
beberapa pelajar Muslim.

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya 
yang beragama Islam kelihatan berbeza 
dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga 
jarak dengan beberapa pelajar tertentu. 
Mereka juga menolak ketika diajak untuk 
pergi berhibur di sebuah kelab malam." 
katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat 
menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya 
yang Muslim dianggap sangat 
menyenangkan apabila diajak 
berbincang berkaitan hal kuliah. 
Menurutnya, pelajar Muslim lebih 
banyak menghabiskan masa mereka 
membaca di perpustakaan ataupun 
berbincang.

Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, 
secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik 
dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah 
Islam. Sejak saat itu, Hana mula 
mempelajari falsafah Islam langsung 
dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan 
bahawa Al-Quran tetap sama seperti 
sebelumnya memberi maksud bahawa 
sentiasa ada titik rujukan untuk semua 
perkara.

"Didalam Al-Quran,saya 
menemukan banyak rujukan 
berkisar tentang isu-
 isu mengenai hak wanita"

Semakin banyak saya membaca, semakin diri 
saya bersetuju dengan idea-idea disebalik 
Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana 
Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-
sahabat Muslim saya. Namun saat itu, 
keinginan untuk memeluk agama ini masih 
belum tiba.


"Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana 
saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri 
saya mengenai kebenaran agama ini, maka 
saya memutuskan untuk menjadi seorang 
Islam" - Hana Tajima

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran 
yang terkandung di dalam Al-Quran 
akhirnya membuatkan Hana memutuskan 
untuk memeluk Islam. Tanpa menemui 
sebarang paksaan dan halangan, dengan 
hanya disaksikan oleh teman-teman 
Muslimahnya, Hana pun mengucapkan 
dua kalimah syahadah. "Menyatakan 
perkara tersebut kepada keluarga adalah 
sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka 
akan gembira selagi mana saya juga 
gembira, dan mereka boleh melihat ianya 
adalah sesuatu yang baik," tuturnya.

Seperti halnya semasa Hana memutuskan 
untuk memeluk Islam, begitu juga 
keputusan untuk mengenakan hijab datang 
tanpa paksaan. Hana mula mengenakan 
hijab di hari sama dia mengucap dua 
kalimah syahadah.


 "Ini merupakan cara terbaik 
bagimembezakan kehidupan 
sayadi masa lalu dengan 
kehidupan saya 
pada masa hadapan"


Keputusan untuk mengenakan hijab pada 
masa yang sama menerima pelbagai reaksi 
dari orang-orang di sekelilingnya, 
terutamanya kawan rapatnya. 
Sebelum mengenakan hijab, Hana 
sudah memahami fahaman negatif 
terhadap orang-orang yang berhijab. 


"Saya tahu apa yang mereka fikirkan 
mengenai hijab, tetapi saya akan 
bersikap berpura-pura tidak 
mengetahuinya. Namun seiring dengan 
masa, orang-orang di sekitar saya kini 
sudah boleh menerima penampilan saya 
dengan balutan hijab." katanya lagi.


Dalam blog peribadinya, Hana mengakui 
bahawa menjadi seorang Muslimah di 
sebuah negara barat adalah sedikit 
menakutkan, terutamanya ketika semua 
mata di sekitarnya memandangnya 
dengan pandangan yang aneh. Maklum 
sajalah, sebahagian penduduk di negara-
negara barat telah dijangkiti dengan 
wabak Islamofobia.


"Oleh sebab itu, saya 
ingin menciptakan sesuatu yang akan 
membantu para muslimah di mana 
jua untuk terus berusaha mengatasi 
perasaan takut itu." - Hana Tajima


No comments: