Friday 30 August 2013

Gila Seks Tunjuk Kemaluan!!!




Dua Wanita Diekori Lelaki Gila Seks Tunjuk Kemaluan.



KUALA TERENGGANU - Dua wanita terpaksa menempuh detik menakutkan apabila diekori seorang lelaki gila seks yang menunjukkan kemaluan di Jalan Sultan Omar, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kedua-dua mereka berusia 30-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Titian Lembut, Jalan Sultan Omar, di sini, sebelum diekori lelaki gila seks terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, semasa melewati Jalan Sultan Omar ke Taman Perumahan Teratai, di sini, mereka menyedari ada sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki tidak dikenali sedang mengekori dari belakang.

“Keadaan di persekitaran lokasi agak sunyi dan tiada sebarang kenderaan yang menggunakan laluan tersebut semasa itu.


“Merasakan bakal berlaku sesuatu yang tidak diingini, kedua-dua mangsa nekad mempercepatkan langkah sebelum dihampiri suspek yang ketika itu berada di atas motosikal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zamri berkata, suspek cuba bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa sambil menunggang motosikal.

“Terkejut dengan situasi itu, kedua-duanya melarikan diri dengan bersembunyi di dalam kawasan rumah orang di taman perumahan berkenaan dan selepas yakin suspek telah pergi, kedua-duanya keluar dari tempat persembunyian beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, berikutan laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.-Sinar Harian.

No comments: