Skandal 8 Ratu Cantik Dunia.
Ratu cantik dunia atau Miss World Universe yang sinonim dengan kesempurnaan ternyata mempunyai beberapa skandal menghebohkan di balik prestasi mereka.
Misalnya, cerita kematian model asal Brazil, Mariana Bridi da Costa, misalnya. Ia meninggal saat berjuang mewakili negaranya di Miss World. Sebelum meninggal, Bridi sempat menjalani operasi amputasi tangan kaki.
Namun, tak hanya Brindi yang menjadi perhatian. Berikut Skandal menggemparkan 8 Ratu cantik Dunia (Miss World Universe) , dikutip dari Telegraph.
Marjorie Wallace
Dia warga Amerika Syarikat yang menang Miss World 1973. Tapi, tiga bulan selepas dinobatkan jadi Ratu Dunia, gelarannya dilucut lantaran skandal dengan terlalu banyak lelaki, termasuk di antaranya selebriti Tom Jones.
Dia bahkan sempat membuat kenyataan, "Sebagai Miss World saya boleh bercinta dengan lelaki yang saya pilih." Jawatankuasa Miss World menilai Wallacet gagal memikul tugas sebagai Miss World. Setelah kehilangan mahkota, Wallace melanjutkan karier menjadi presenter televisyen.
Gabriela Brum
Miss Jerman ini menyandang gelaran terpendek dalam sejarah Miss World. Dia mengundurkan diri hanya dalam masa 18 jam selepas dinobatkan menjadi Miss World pada 1980.
Pemegang mahkota kecantikan ini terjebak skandal foto telanjang. Selepas kes ini menjadi perhatian dunia , dia pindah ke Amerika Syarikat. Di sana, dia nekad menjadi model telanjang lagi. Kali ini untuk majalah Playboy.
Penyanyi dan pelakon dari Wilayah Sichuan ini berharap menjadi orang pertama China yang memenangi pertandingan Miss Universe tahun 2004. Tetapi permohonannya ditolak oleh pejabat pertandingan China kerana dia seorang transeksual. Padahal , sebelumnya Lili Chen telah mengikuti pelbagai pertandingan kecantikan di China dan tidak ada masalah.
Lesley Langley
Lesley Langley, Miss Inggeris ini memenangi gelaran Miss World pada tahun 1965. Tetapi kemudian awam di United Kingdom tersinggung setelah foto bogel Lesley tersebar di media.
Dia mengakui foto-foto bogel itu diambil sebelum dia mengikuti pertandingan kecantikan.Dia akhirnya bekerja di tempat rawatan gigi di bandar kelahirannya.
Valérie Begue
Mahasiswi jurusan perniagaan berusia 22 tahun dari Perancis ke Miss World pun terjebak dengan pornografi.Miss Perancis 2007 ini dilarang mengikuti Miss World gara-gara foto-fotonya tanpa pakaian beredar di kalangan awam.
Laxmi Pandit
Miss India ini dipaksa untuk menyerahkan kembali mahkotanya hanya beberapa jam selepas pertabalan.Ini kerana statusnya diketahui tidak lagi single sebagaimana dinyatakannya.
Pandit membantah dirinya telah menikah , tetapi mengakui bahawa kemungkinan dia telah tersalah mengertikan status perkahwinannya apabila membeli sebuah apartmen di Mumbai. "Memandangkan kenyataan tidak benar saya, saya menyerahkan gelaran Miss India 2004," katanya.
Rosemarie Frankland
Miss Inggeris ini memenangi pertandingan Miss World tahun 1961. Setelah pelawak Bob Hope meletakkan mahkota di kepalanya, Frankland berasa kecewa dengan industri pertandingan kecantikan dan pindah ke AS. Dia mengalami kemurungan sepanjang hidupnya dan meninggal kerana overdose dadah pada tahun 2000.
Kelli McCarty
Dia memenangi Miss USA pada 1991. Dia merupakan wanita pertama yang mewakili Kansas di pertandingan Miss USA. Tetapi kemudian, dia beralih profesion menjadi bintang porno. Pada tahun 2008 dia menandatangani kontrak dengan sebuah rumah produksi untuk sebuah filem porno berjudul 'Faithless' yang dikeluarkan pada Februari 2009 silam.
No comments:
Post a Comment