Faktor-faktor yang menyebabkan 
orang China berhijrah dari 
negara asalnya ke Tanah Melayu.



Selain golongan bumiputera yang 
merupakan penduduk asal di negeri ini 
terdapat juga warganegara Malaysia 
yang terdiri daripada penduduk yang 
berasal dari negeri China dan India. 

Walaupun terdapat pedagang dan 
saudagar dari negeri China dan India 
serta Arab yang belayar ke Selat 
Melaka untuk menjalankan perniagaan 
pada zaman kegemilangan Melaka, 
bilangan mereka yang menetap adalah 
kecil. 

Kebanyakan yang memilih untuk menetap 
di negara ini kemudiannya telah 
mengasimilasikan diri mereka dengan 
budaya dan cara hidup penduduk 
setempat. 

Hal ini ternyata berbeza sekali dengan 
gelombang kedatangan imigran yang 
berlaku dengan rancaknya mulai 
pertengahan abad ke-19. 

Penghijrahan masuk-secara beramai-
rarnai orang Cina di peringkat awal 
berlaku setelah pihak Inggeris 
membuka Pulau Pinang (1786), 
Singapura (1819) dan menubuhkan 
Negeri-negeri Selat (1826). Dasar 
ekonomi dan pentadbiran Inggeris 
telah menggalakkan kedatangan 
beramai-rarnai imigran Cina.

Pada peringkat ini mereka tertumpu 
di Lukut dan Sungai Ujong untuk 
bekerja di lombong bijih yang diusahakan 
oleh para pembesar Melayu. Berikutan 
keadaan politik yang tidak stabil dan 
keadaan kucar-kacir yang berlaku 
di Perak, Selangor serta Sungai Ujong 
pada suku ketiga abad ke-19, telah 
mendorong campurtangan Inggeris 
ke atas pentadbiran negeri-negeri 
Melayu tersebut pada tahun 1874. 

Dengan terbentuknya pentadbiran 
Inggeris, lebih banyak buruh 
Cina berhijrah terutamanya 
ke kawasan perlombongan utama. 
Saudagar Cina dan Eropah di Negeri-
negeri Selat juga semakin giat 
melabur dalam penisahaan bijih 
yang menjadi usahaniaga mereka.

Pada tahun 1870 terdapal kira-kira 
10,000 orang Cina di Sungai Ujong. 
Di Selangor menjelang tahun 1850, 
sudahpun ada lombong bijih yang 
diusahakan oleh orang Cina di 
kawasan Ampang, Kuala Lumpur. 
Sungai Kanching dan Kelang. 

Pada waktu yang sama 
juga perkembangan yang berlaku di 
Johor. Di sana Temenggung 
lbrahim telah menggalakkan tanaman 
lada dan gambir dengan memberikan 
kawasan-kawasan di sepanjang sungai 
untuk orang Cina membuka ladang. 

'Surat Sungai' atau surat kuasa diberikan 
kepada seorang ketua atau 'Kangchu' di 
satu-satu kawasan gambir dan lada. 
Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk 
Cina di Johor mencapai bilangan 100,000 
orang. 

Di Perak,LongJaafar,seorang pembesar
telah menemui kawasan bijih yang luas 
di Larut pada tahun 1840-an. Beliau telah 
membuka lombong di Kelian Pauh 
(Taiping) dan membawa buruh 
Cina untuk memajukan lombong di Larut. 

Dianggarkan terdapat 40.000 orang Cina 
di Larut pada tahun 1873. Keadaan yang 
sama juga berlaku di Lukut iaitu kawasan 
lombong bijih yang ditadbirkan oleh 
Raja Jumaat bin Raja Jaafar. 

Kebanyakan imigran Cina berasal 
dari wilayah Kwangtung dan Fukien. 
Terdapat beberapa puak yang berhijrah 
mengikut dialek kedaerahan seperti 
daerah Arnoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng 
Choon dan daerah-daerah lain 
di wilayah Kwangtung; manakala suku-
suku lain terdiri daripada penduduk 
daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan 
Kheng Chow.

Terdapat beberapa faktor yang 
orang Cina berhijrah dari negara 
asal mereka. Di antaranya ialah 
keadaan huru-hara di bawah 
pemerintahan Manchu. 

Kekacauan, pembunuhan dan 
kekejaman sering terjadi dan 
tidak terkawal. Malapetaka 
seperti banjir dan taufan kerap 
melanda kawasan pertanian 
menyebabkan kesukaran kepada 
petani. 

Gerakan menentang pemerintahan 
Manchu sentiasa meletus, 
antaranya ialah Pemberontakan 
Taiping, Pemberontakan Boxer 
dan Revolusi Cina. 

Pemberontakan Taiping yang 
berlaku pada tahun 1857 
berakhir dengan kegagalan 
dan banyak yang terlibat 
melarikan diri ke beberapa 
tempat di Asia Tenggara. 

Adalah dipercayai banyak imigran 
yang tiba ke negara ini kerana 
dipaksa oleh agen buruh di negeri 
China. Manakala sesetengahnya 
pula terpengaruh oleh kaum 
keluarga yang berhijrah terlebih awal. 

Narnun demikian, faktor yang paling 
penting ialah tarikan untuk mencari 
rezeki dan kekayaan di seberang laut. 
Hal tersebut berlaku kerana 
kebanyakan mereka terdiri daripada 
kelas bawahan dan buruh miskin di 
negeri China. 

Penghijrahan secara beramai-ramai 
buruh Cina sebenarnya merupakan 
langkah yang dirancang oleh 
Inggeris. Dasar ekonomi penjajah 
untuk mengaut kekayaan secepat 
mungkin daripada hasil bijih telah 
menyebabkan galakan diberi untuk 
mengimport buruh luar. 

Pertambahan permintaan bahan tersebut 
di Eropah telah mendesak peningkatan 
eksport bijih ke negara-negara perindustrian. 
Buruh Cina telah dibawa masuk khususnya 
untuk menjadi alat eksploitasi ekonomi 
Inggeris sendiri. 

Proses kemasukan imigran diawasi 
pula dengan meluluskan undang-
undang imigresen, misalnya pada 
tahun 1877, The Chinese Immigrants 
Ordinance dan The Crimpling 
Ordinance diperkenalkan. Lanjutan 
daripada itu Jabatan Perlindung 
orang Cina dibentuk bagi 
melindungi buruh-buruh Cina. 

Agensi merekrut buruh dibenarkan 
beroperasi di Singapura dan di Negeri-
negeri Selat yang lain. Menjelang 
awal abad 19, orang Cina yang berhijrah 
ke negeri-negeri Melayu di Semenanjung 
Tanah Melayu telah tersebar ke merata 
tempat, khususnya di kawasan pantai 
barat. 

Selain golongan buruh atau 'sinkhek' 
terdapat juga kategori imigran 
yang terdiri daripada peniaga, tukang, 
pekerja mahir dan sebagainya. Di negeri 
Sarawak kedatangan secara beramai-
ramai imigran Cina bermula pada suku 
kedua abad ke-19 iaitu setelah 
wujudnya pemerintahan James Brooke 
pada tahun 1841. 

James Brooke telah berusaha 
mengekalkan keamanan Sarawak 
dengan memerangi kegiatan lanun 
di sekitar perairan Sarawak. 
Kejayaannya telah menyebabkan 
berkembangnya aktiviti pemiagaan 
saudagar Inggeris dan Cina di 
Singapura dan Sarawak. 

Keamanan yang wujud di Sarawak 
telah menarik minat orang Cina untuk 
datang ke Sarawak. Pada peringkat 
awal orang Cina yang berhijrah 
bukanlah berasal dari negeri China 
tetapi terdiri daripada pelombong 
keturunan Hakka yang datang 
dari kawasan Sambas, Pontianak. 
Mereka telah melombong emas di 
kawasan tersebut sejak tahun 1760
-an lagi.

Apabila Belanda meluaskan kekuasaan 
di Pontianak pada tahun 1820-an, 
orang Cina merasa tertekan. Apabila
 longgokan emas mulai berkurangan 
ramai yang berpindah ke Bau, Sarawak 
dalam tahun 1841. 

Apabila bandar Kuching dibuka pada 
tahun 1836 oleh Pangeran Mahkota, 
banyak peniaga Hokkien mulai 
menetap di situ bersama-sama orang 
Melayu dan Bidayuh.Sepertimana 
dengan keadaan di Semenanjung, 
tarikan untuk mendapat keuntungan 
ekonomi menjadi faktor utama. 

Selain melombong emas di Bau 
dan Marup, tanaman gambir dan lada 
untuk tujuan eksport juga menjadi 
daya penarik. Sehingga tahun 
1857 adalah dianggarkan terdapat 
sebanyak 4,000 orang Cina di barat 
Sarawak. 

Perusahaan tanaman lada hitam 
secara meluas hanya bermula pada 
tahun 1876 apabila Raja Brooke 
menawarkan pelayaran percuma 
kepada penanam lada dari 
Singapura dan menguntukkan tanah 
bagi ladang lada hitam kepada 
saudagarCina. 

Selain orang Hakka, pada tahun 
1900 banyak imigran Foochow masuk 
ke Sarawak untuk menanam lada di 
Sibu, Sarikei-Binatang dan Serian. 

Tanaman getah mula diperkenalkan 
di Sarawak pada tahun 1881. Hasilnya 
menjadi eksport penting Sarawak mulai 
tahun 1906 apabila harga getah melambung 
naik.Getah dimajukan dengan cara 
menggalakkan pekebun kecil bumiputera 
dan orang Foochow menanam 
tanaman ini. Kenaikan harga getah 
pada tahun 1920-an telah menyebabkan, 
banyak imigran Cina masuk dan 
mengusahakannya secara ladang. 

Perangkaan tentang bilangan 
imigran yang meningkat di Sarawak 
adalah jelas, pada tahun 1908 
dianggarkan terdapat 45,000 orang 
Cina - lebih kurang 10 peratus 
daripada penduduk Sarawak. Walau 
bagaimanapun pada tahun 1960 
jumlahnya menjadi 229,154 orang 
atau 32 peratus dari jumlah penduduk 
Sarawak. 

Pertambahan pesat berlaku di antara 
tahun 1939 hingga 1960. Dengan itu 
adalah jelas faktor ekonomi menjadi 
pendorong kedatangan imigran Cina. 
Malahan dasar keluarga Brooke yang 
memberikan pelbagai kemudahan 
seperti pemilikan tanah, bantuan 
kewangan, dan tambang pelayaran 
telah memesatkan lagi kedatangan 
mereka. 

Raja Brooke kedua pula secara 
peribadi menggalakkan orang Foochow 
datang ke Sarawak. Negeri Sabah 
mengalami pertambahan jumlah 
penduduk yang pesat di antara tahun 
1901 hingga 1911. 

Banci penduduk pertama pada 
tahun 1891 menunjukkan penduduknya 
berjumlah 67,062 orang. Namun 
jumlah ini meningkat kepada 208,183 
orang pada tahun 1911.

Pertambahan ini jelas berlaku sesudah 
Sabah ditadbirkan oleh Syarikat Chartered, 
apabila banyak imigran Cina dan Jawa 
dibawa masuk sebagai buruh ladang 
kepunyaan syarikat tersebut. Sebelum 
Syarikat Chartered mentadbir Sabah, 
bilangan orang Cina adalah amat kecil. 

Selain beberapa orang pedagang barang 
hasil hutan di Sandakan, terdapat 
beberapa keluarga Cina tinggal yang di 
Labuan dan TelukMarudu. Usaha pengasas 
Syarikat Chartered, Alfred Dent dan 
Pesuruhjaya bagi imigran Cina, Sir Walter 
Medhurst menunjukkan kesungguhan 
Inggeris untuk mengaut keuntungan 
dengan menggunakan buruh Cina di 
ladang dan kawasan pembalakan. 

Pada tahun 1880-an apabila kayu 
balak dan tembakau menjadi eksport 
penting, pihak syarikat dan para pelabur 
di dalam kedua jenis perusahaan 
membawa masuk orang Cina dan 
Jawa untuk menjadi buruh. Apabila 
tanaman getah mula mengambil 
tempat di sekitar tahun 1907, imigran 
dari Cina telah diambil sebagai buruh.

Orang Hakka turut berhijrah 
kerana ingin mengambil peluang 
menanam getah. Di sekitar tahun 
1907 bilangan penduduk Cina 
telah meningkat kepada 13,000 
orang. Peraturan masuk imigran 
bagi orang Cina dipermudah. 

Medhurst sendiri telah pergi ke 
negeri China dan kemudiannya 
menawarkan free-passage bagi 
menggalakkan penghijrahan. 
Jabatan Pelindung Cina wujud 
bagi mengawasi buruh kontrak 
dan kebajikan imigran. Hong Kong 
dan Singapura menjadi pangkalan 
rekrut buruh imigran ini. 

Kemasukan imigran Cina meningkat 
pada tahun-tahun 1920 hingga 1940 
hasil daripada tindakan syarikat 
mengeluarkan pas masuk kepada 
keluarga imigran yang ingin berhijrah. 
Satu faktor lain yang mendorong 
orang Cina terutama dari suku Hakka 
dan Kantonis untuk datang ke 
Sabah ialah kemudahan untuk memiliki 
tanah yang mudah dan percuma. 
Menjelang tahun 1931 penduduk 
Cina di Sabah telah meningkat 
menjadi 47,779 orang.
-anakpakali@yahoo.com