Friday 19 September 2014

DUNIA SUDAH TERBALIK PIANG!!!


WANITA INI PERKOSA LELAKI HINGGA DIRINYA HAMIL.




Seorang wanita dari Seattle, AS, bernama Chantae 
Gilman (26) dituduh merogol seorang lelaki di 
apartment milik lelaki tersebut.

Lelaki berusia 31 tahun yang tidak diketahui 
identitinya berkata, pada 17 Jun lalu dia bangun 
dari tidur dan melihat Gilman sedang berada di 
atas tubuhnya. 


Menurut pihak polis, malam ketika lelaki itu diperkosa 
dia mengatakan menghadiri sebuah pesta seorang 
jiran yang mengenali Gilman.

"Apabila tiba di rumah dia terus tertidur," kata polis 
Roger Ishimitsu.

Seperti dilaporkan merdeka.com, lelaki itu terbangun 
pukul 2.00 pagi dan melihat Gilman sedang 
merogolnya. tangan lelaki itu diikat di belakang 
kepala ketika 
kejadian.

Lelaki tersebut meminta Gilman turun dari tubuhnya 
tapi wanita itu tidak mempedulikannya. 

Selepas berjaya melepaskan diri, lelaki itu mengusir 
Gilman dan bergegas ke hospital untuk pemeriksaan 
perubatan.

Belum diketahui bagaimana Gilman boleh masuk ke 
apartment lelaki itu.

Kepada polis, Gilman mengatakan dia tidak ingat ada 
di apartment lelaki itu dan melakukan hubungan seks 
dengannya.

Pihak polis mengatakan wanita itu mengalami masalah 
mental dan menderita bipolar.

Hasil pemeriksaan telah dijumpai DNA wanita yang 
sepadan dengan DNA Gilman di lokasi kejadian.

Menurut sebuah status di laman media sosial Facebook 
milik Gilman, dia kini sedang hamil 31 minggu. 

Dia sebelumnya sudah punya dua anak kecil.

Kini Gilman didakwa melakukan pemerkosaan dengan 
mangsa yang tidak berdaya ketika dirogol.

No comments: