SIDANG DUN: DAP Guna Gangster Untuk Kuasai PBT
Kaitan antara DAP dan kuasa bawah tanah cina bukanlah asing. Dan semenjak berkuasa di Selangor, hubungkait itu semakin jelas dengan campurtangan gangster dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.
Hampir semua industri, akan ada tangan-tangan ghaib bawah tanah yang bertindak mencatur pengurusan negeri.
Mungkin ramai yang belum terlupa, 
bagaimana Ronnie Liu menghalang tindakan PBT yang cuba membuat serbuan 
ke atas sebuah hotel bajet yang cukup dikenali sebagai sarang maksiat di
 kawasan Puchong. Bahkan, hotel berkenaan pernah ditutup gara-gara 
terlibat dengan industri maksiat.  Difahamkan, hotel berkenaan berkait 
rapat dengan dunia bawah tanah orang cina.
Itu adalah titik awal, di mana rakyat 
melihat kuasa bawah tanah ini muncul sebagai pencatur dalam segala 
urusan yang melibatkan industri hiburan, atau lebih tepat industri 
maksiat.  Penyertaan mereka bukan terhad kepada sesuatu industri, malah 
hampir di semua perniagaan yang melibatkan PBT akan dikuasai oleh 
mereka.  Industri pasir juga tidak ketinggalan, dengan ancaman-ancaman 
kepada pihak berkuasa.  Kematian Patrick Wong, seperti dakwaan RPK, 
tidak mustahil juga didalangi oleh kumpulan gangster yang malar segar 
bersama wakil-wakil rakyat kerajaan negeri.
Sidang DUN menyaksikan YB Sg Pelek, yang
 melontarkan persoalan berkenaan kecekapan dan keberkesanan PBT. 
 Antaranya ialah kekecohan perlantikan ahli majlis.  Kekecohan ini 
berhubungkait dengan camputangan politik oleh DAP, sehinggakan membawa 
kepada demonstrasi di MPKj.  Dipercayai, kekecohan ini berlaku akibat 
rasa tidak puas hati rakyat apabila mengetahui perlantikan ahli majlis 
itu dianugerahkan kepada kaki pukul, dan samseng (gangster).  Ini 
membuktikan bahawa kuasa bawah tanah cuba “dihalalkan” bagi tujuan 
memudahkan urusan, dan juga pantauan.
Kerakusan Pakatan melantik ahli majlis 
PBT sehingga membawa kepada perkara-perkara di atas menyerlahkan betapa 
kuatnya pengaruh kumpulan bawah tanah itu.  Hatta bermasalah sekalipun, 
nama mereka tetap ada dalam senarai ahli majlis.  Ia menunjukkan 
hubungan “seseorang” yang berkuasa dalam portfolio berkenaan dengan 
kumpulan bawah tanah ini.
Ugutan demi ugutan yang diterima oleh 
ramai penjawat awam negeri Selangor berkenaan dengan penyelewengan 
kerajaan negeri sudah menjadi satu kebiasaan.  Pun begitu, ketakutan 
tetap ada, berikutan nyawa sebagai galang gantinya.
Kemunculan kuasa bawah tanah ini 
mengingatkan bagaimana terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei, apabila DAP
 mencetus sentimen perkauman, dan disambut oleh kumpulan bawah tanah ini
 bagi mencapai cita-cita mereka menguasai sebuah negara bertuah yang 
bernama Malaysia.
Selangor sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kerakusan kuasa bawah tanah itu.
dari selangor daily 
 
 
No comments:
Post a Comment