Thursday, 20 May 2021

Imam rempit boleh ajak mat rempit gi masjid!

Imam yang mendekati golongan remaja rempit sedikit sebanyak boleh mempengaruhi dan membawa golongan mendekati masjid dan menunaikan solat.
Janganlah golongan ini dijauhi.Kelak akan ditanya didepan Allah nanti kenapa engkau tidak mengajak mat rempit bersolat bersamamu?

Ustaz Ebit Liew boleh sahaja menyantuni golongan mak nyah dengan mendekati mereka dan nasihati dengan cara yang amat berhemah  yang menyentuh hati mereka.

Semoga usaha para agamawan seperti ini dapat membimbing golongan sasaran.Jauhilah sikap suka menghukum!

Saturday, 21 March 2020

HADIS AHLUL BAIT

Dalam sebuh hadist diriwayatkan, “Ada dua orang bersaudara; seorang di antaranya berlumuran dosa dan seorang lainnya taat dalam beribadah. Seorang yang taat setiap melihat saudaranya dalam keadaan berdosa ia berkata, “Berhentilah melakukan dosa! Suatu hari, ia menemukan saudaranya, itu sedang melakukan perbuatan dosa. Ia pun berkata, “Berhentilah melakukan dosa! Saudaranya yang melakukan dosa menjawab, “Biarkan aku yang akan bertanggung jawab kepada Tuhanku. Apakah kamu dikirimkan kepadaku untuk mengawasiku? Seorang taat yang berkata, “Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni dosamu, atau Allah tidak akan menjadikanmu masuk surga. Setelah dua orang bersaudara meninggal dunia, keduanya berkumpul di hadapan Tuhan alam semesta alam. Allah berfirman kepada seorang yang taat, “Apakah kamu mengetahui keputusan-Ku, atau apakah kamu berkuasa untuk menentukan keputusan-Ku?” kemudian Allah berfirman kepada seorang yang berdosa, “Pergilah dan masuklah ke surga dengan rahmat-Ku!” sedangkan untuk seorang yang taat, Allah berfirman, “Seretlah ia ke Neraka! (HR Imam Ahmad)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENJADIKANMU IMAM BAGI SELURUH MANUSIA”. Ibrahim berkata: “(DAN SAYA MOHON JUGA) DARI KETURUNANKU”. Allah berfirman: “JANJI-KU (INI) TIDAK MENGENAI ORANG-ORANG YANG LALIM”.(QS AL-Baqarah:124 )

PENJELASAN : Jadi PENGECUALIANNYA dalam ayat tersebut adalah kepada KETURUNANNYA YG LALIM atau DZALIM seperti abu lahab dan abu jahal dimana KEZHOLIMAN keduanya telah diceritakan Allah kepada kita dalam Al-quran.




1. Nash Al-Quran
إِنَّما يُريدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكُمْ تَطْهيراً

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya.(QS. Al-ahzab 33)

KETERANGAN
Ketika ayat ini turun maka nabi saw memanggil SEMUA KETURUNAN BELIAU SAW YANG MASIH HIDUP( Fatimah ra, hasan ra dan husein ra ) dan menantu beliau saw sayidina Ali ra. Beliau saw menyelimuti mereka Dan seraya berdoa kepada Allah agar mensucikan keturunan nabi saw dan sayidina Ali ra. Hadist ini terkenal dengan hadist Al-Kisa ( selimut) dan hadistnya shahih.

2. DALIL HADIST TENTANG KEMULIAAN DAN KEUTAMAAN ORANG TUA DAN KAKEK NABI SAW
Benarkah hanya 4 (empat) org manusia diluar nabi saw yang suci/maksum ??
Benarkah ke-4 orang tersebut ahlul bait nabi saw yg paling utama dan paling mulia ???

Ternyata ke-4 orang ( Fatimah Ra, Hasan RA , Husein RA dan Ali RA ) dalam hadist al-kisa bukanlah ahlul bait nabi saw yg paling mulia atau sebaik-baik ahlul bait nabi saw . Ahlul bait nabi saw yg paling mulia atau sebaik-baik ahlul bait adalah ayahanda , kakek dan nenek nabi saw.

Sebagaimana nabi saw bersabda :
مسند أحمد ١٣٠٩: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ وَعَبْدُ الْجَبَّارِ بْنُ وَرْدٍ عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ قَالَ طَلْحَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نِعْمَ أَهْلُ الْبَيْتِ عَبْدُ اللَّهِ وَأَبُو عَبْدِ اللَّهِ وَأُمُّ عَبْدِ اللَّهِ

2.1. Telah menceritakan kepada kami Waki’ telah menceritakan kepada kami Nafi’ bin ‘Amru dan Abdul Jabbar bin Al Ward dari Ibnu Abu Mulaikah berkata; Thalhah bin Ubaidullah radliallahu ‘anhu berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “SEBAIK-BAIK AHLUL BAIT ADALAH ABDULLAH (ayahanda nabi saw), ABU ABDULLAH DAN UMMU ABDULLAH (kakek dan nenek nabi saw).” (Musnad Ahmad 1309, 1310 dan 16710), No hadist versi 9 kitab imam hadist-lidwa.

Saturday, 11 May 2019

puisi usman awang



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

- Usman Awan

Sunday, 5 May 2019

Bani jawi!

 ada Melayu - Keturunan 

Nabi Ibrahim Yang Hilang


Siapakah Melayu? Dari Manakah
asalnya Melayu itu?






Ketika ramai pengkaji

memperdebatkan kaum-kaum
yang hilang seperti TheLost
Tribe of Israel, Atlantis,
Lemuria, Sodom and Gomorrah
malah masih mencari-cari
siapakah Gog and Magog,
 rahsia bangsa misteri ini
masih terpelihara di dalam
tabut rahsia sejak beribu-ribu
 tahun. Tiada siapa yang tahu
dari mana asalnya bangsa ini.

Bagaimana bangsa ini boleh

wujud di tanah paling selatan
 benua Asia, 'di penghujung dunia'.

Bangsa yang hilang masih tidur

dan ditidurkan. 'Di hujung dunia',
setelah penat mengembara,  bangsa
misteri berehat dan berehat...
tidur dengan lenanya... senyap
sunyi tanpa siapa mengganggu
walaupun Hitler telah pergi
 ke Tibet menjejak bangsa misteri,
tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri
 ini meneruskan perjalanan mereka?
 Masih adakah masa lagi untuk
menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih

 nyenyak tidur!






KETURAH, IBU MELAYU


Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni

wanita yang dinikahi oleh Nabi
 Ibrahim a.s selepas kewafatan
 Sarah. Menerusi perkahwinan
 tersebut, Keturahmelahirkan
enam orang anak iaituZimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak
dan Shuah.

 Menurut riwayat Ibnu Athir

dalam kitabnya, Al-Kami fil
Tarikh, umat Nusantara termasuk
Melayu bersalasilahsecara terus
dengan Ibrahim melalui zuriatnya
dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam

 kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama
Melayu itu berasal dari perkataan
Malai-Ur sempena nama
kerajaan Chaldea tempat asal Nabi
Ibrahim a.s. Ada juga pendapat
menyatakan bahawa Melayu berasal
dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai

Orang Malai oleh beberapa bangsa
 lain tapi orang Arab cenderung
memanggil orang Melayu sebagai
Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit
 atau gunung) ini mungkin telah
mendiami Kemboja sebelum
 kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke
situ, dan hampir pasti Keturah
adalah orang Malai. Apa maknanya
semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi

 itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah

manuskrip kuno, Keturah adalah
 isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi

Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim
 a.s. untuk berkahwin dengan ibu
angkat beliau dari kerajaan Champa
Kuno (bukan Champa Baru di era
 Angkor).

Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju

 dan berkahwin dengan Keturah dan
telah dikurniakan ALLAH 6 orang
anak. Nama anak-anak Keturah
adalah Zimran, Jokshan, Medan,
Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi

pengasas kepada bangsa Melayu.
 Melayu diambil dari perkataan
 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).
Lihat, nama ini sama dengan nama
yang tertulis dalam manuskrip yang
 dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah

inilah yang ramai tinggal di Tanah
Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo,
Sulawesi dan Mindanao.

Kesemua tempat ini merupakan

 tempat yang mempunyai tulisan
 purba yang diadaptasi dari tulisan
Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani).

Tulisan Rencong adalah tulisan

rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir
serupa.

Agama rasmi Melayu adalah agama

Jawi. Agama Jawi adalah agama
Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan
ada perkaitan dengan Levi, iaitu
anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua
Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s.
di kalangan Bani Israel.

Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat

 sarjana Barat untuk mengkaji bangsa
Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL

BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun

beliau melahirkan bangsa Melayu,
Keturah adalah daripada bangsa
Mala.

MELAYU ADALAH BANGSA MALA

+ (YANG MEMPUNYAI DARAH
KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S).

 Sekiranya kita lihat orang-orang asli

seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa
 mereka adalah diambil dari bahasa
 Mala.

 Semua bangsa seperti Mahmeri,

Jakun, Iban, Kadazan, Melanau,
Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.

DNA bagi bangsa ini adalah

01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan
purba yang sedia ada di Timur ketika
zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi
yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon')
tetapi ini bukan kaum Mon pada hari
 ini kerana pertama kaum Mon pada
 hari ini bukanlah Melayu pada
 ertikata sebenarnya dan yang kedua
 jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia
adalah proses asimilasi Mala/Melayu
 yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina.
Perlu diingat Melayu juga boleh
 kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan
 budaya seperti yang berlaku pada
orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Jadi orang Mon pada hari ini

bukanlah Melayu pada ertikata
sebenarnya kerana akibat
 percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka
 masih mencari-cari kerajaan purba
mereka yang dinamakan
'Suvarnabhumi'-menunjukkan
mereka mungkin masih mahu
menjejak moyang Mala mereka).


Saturday, 3 September 2016

KHAIRY YANG SIBUK-SIBUK,KENAPA?


Demi ketelusan, Khairy serah pen drive kepada SPRM


Diatas kepentingan umum dan ketelusan Menteri Belia dan Sukan, YBM Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan pen drive dan senaskah salinan laporan teknikal berhubung isu bola sepak negara FAM kepada pihak SPRM.

Khairy tiba di perkarangan Ibu pejabat SPRM jam 11:15 pagi tadi. Beliau menyerahkan pen drive tersebut kepada Dato Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Terdahulu Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pen drive tersebut kepada Khairy kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.





PERSOALANNYA SEKARANG IALAH KENAPA KHAIRY YANG SIBUK-SIBUK BERURUSAN DENGAN PIHAK SPRM?

KENAPA TMJ TIDAK MAHU MENYERAHKAN SENDIRI KERANA BAGINDA YANG MEMILIKI BUKTI TENTANG KETIRISAN FAM ITU?

LAGI PUN BAGINDA SENDIRI TERLIBAT SECARA LANGSUNG MELALUI KELAB MILIK BAGINDA DALAM ARENA BOLASEPAK NEGARA.SEPATUTNYA BAGINDA YANG MENYERAHKAN BUKTI TERSEBUT KEPADA SPRM.

ADALAH LEBIH ELOK KHAIRY SEBAGAI MENTERI SUKAN TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM MASALAH  MANA-MANA PERSATUAN SUKAN.SEBAGAI MENTERI BELIAU PERLU MENJADI PIHAK YANG BERKECUALI,BUKAN JADI ORANG YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG.

INI MENAMPAKKAN SIKAPNYA YANG SEBENAR YANG MEMIHAK KEPADA SEBELAH PIHAK.SEOLAH-OLAH ADA DENDAM YANG TERBUKU.MELIHATKAN KEPADA KENYATAAN BELIAU YANG LEPAS-LEPAS YANG SERING MEMBIDAS PIHAK FAM DAN TERKINI TERLIBAT SECARA LANGSUNG MENGHANTAR SENDIRI PEN DRIVE MILIK TMJ KEPADA PIHAK SPRM JELAS MENYERLAHKAN LAGI SIKAPNYA YANG SEOLAH-OLAH ADA DENDAM YANG BELUM TERLERAI DENGAN FAM.

KALAU SETAKAT DEMI UNTUK KEPENTINGAN UMUM DAN KETELUSAN, SIAPA-SIAPA YANG TERLIBAT DENGAN ARENA BOLA SEPAK PUN BOLEH MELAKUKANNYA.TMJ ATAU PEGAWAI-PEGAWAI KELAB JDT PUN BOLEH MENYERAHKAN SENDIRI KEPADA PIHAK SPRM!!!

APA YANG KITA BIMBANGKAN ADALAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH FIFA
TERHADAP FAM KERANA ADA CAMPUR TANGAN PIHAK KERAJAAN MELALUI MENTERI BELIA DAN SUKANNYA.

PBSI PERNAH DIGANTUNG OLEH FIFA GARA-GARA MENTERI SUKAN INDONESIA CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN BOLA SEPAK INDONESIA.

KALAU YE PUN NAK AMBIL HATI BAGINDA TMJ JANGANLAH SAMPAI MELETAKKAN DIRI KE TAHAP BALACI!!!BUDAK PENJABAT PUN BOLEH SERAHKAN BUKTI KEPADA PIHAK SPRM!!!