Monday 30 November 2015

PUTING PAYU DARA ARTIS CHINA...



Gambar nie gua jumpa kat internet luar negara yang menggunakan bahasanya bahasa cina... So, siapa yang pandai baca tulisan cina kau orang mesti la faham... Kalau gua.... entah ler... 

Tapi yang ye nye ini mesti pasal citer artis nie pakai baju tapi tak pakai bra sampai boleh nampak puting payudara dia... Bukan gua cakap tapi gambar tu yang bersuara sebagai bukti...



娛樂中心/綜合報導
因演出張藝謀執導的《金陵十三釵》走紅的新一代「謀女郎」倪妮,曾因宣傳電影受邀來台。近日出席一場時尚典禮時因為禮服太過單薄,胸前「點點」超明顯,照片也被網友瘋狂轉載。
倪妮當天盛裝出席,身穿斜肩白裙相當優雅,但胸前點點淘氣的激凸,而且不僅如此,網友甚至說她背部還可以看到大腿上的內褲勒痕,春光外洩超尷尬
-antirepublik-

SEPATUTNYA YANG MENUDUH KEMUKAKAN BUKTI! BUKAN YANG DITUDUH! PELIK TAPI BENAR!!!



NAJIB TIDAK MEMBUKTIKAN IANYA BUKAN WANG 1MDB.

JADI MADEY LAH KENA MENGEMUKAKAN BUKTI SAHIH YANG WANG TERSEBUT ADALAH WANG 1MDB!!!

KALAU TAK ADA BUKTI SAHIH BERMAKNA MADEY SUDAH MEMFITNAH NAJIB! 

MASALAHNYA MADEY BUKANLAH ORANG YANG TAHU DOSA PAHALA.DIA HANYA TAHU DIA SAJA YANG BETUL WALAUPUN BANYAK SANGAT YANG TAK BETULNYA!

DIA HANYA PANDAI MENGISYTIHARKAN TENTANG ORANG LAIN YANG HANYA BERSANDARKAN ANDAIAN DAN SERKAP JARANG. 

TAPI DIA TIDAK PULAK PANDAI NAK ISYTIHARKAN APA YANG DIA DAH BUAT SELAMA 22 TAHUN MENJAGA AHLI KELUARGA DAN KRONINYA DENGAN MENGHABISKAN DUIT  PETRONAS,KWSP DAN LAIN-LAIN DUIT NEGARA!!!

MASA HIDUP NI BOLEHLAH BUAT SESUKA HATI.BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI. DAH MATI NANTI MASING-MASING TAHULAH NASIB DIRI!

JANGAN LUPA YANG PERTAMA MELANGKAH KE NERAKA ADALAH PEMIMPIN YANG TAK BETUL LANGKAHNYA DI DUNIA.TAK KIRALAH MADEY KE,NAJIB KE ATAU SIAPA-SIAPA PUN.

FAKTA PENJUALAN EDRA ENERGY KEPADA SYARIKAT CGN CHINA.




1. Pasaran Saham, Ringgit dan Bon mengukuh kerana semuanya memberikan respon positif terhadap penjualan tersebut.


2. Ia juga merupakan kemasukan Pelaburan Asing (FDI) yang terbesar tahun ini.


3. BENARKAH EDRA DIJUAL PADA HARGA RM9.83 BILION?

Tidak Benar. Jumlah keseluruhan pembelian adalah RM17.26 bilion, iaitu 1MDB mendapat bayaran tunai ekuiti RM9.83 Bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion. Ini menepati sasaran Pelan Rasionalisasi untuk mengurangkan hutang sebanyak RM16-18 bilion hasil penjualan Edra.


4. KENAPA BIDAAN TNB GAGAL?

Harga bidaan TNB cuma RM15 Bilion sahaja sedangkan bidaan Syarikat CGN dari China ialah RM17.26 Bilion. Amat jauh berbeza. Ini adalah kategori bidaan antarabangsa.


5. APAKAH TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK KERANA DIJUAL KEPADA SYARIKAT DARI CHINA?

Tidak. Di Malaysia harga gas dan diesel yang dibekalkan kepada IPP ditentukan oleh Petronas. TNB pula mengendalikan transmisi dan menentukan caj terhadap pengguna (rakyat) bukannya Syarikat CGN tersebut. Pembelian Edra tidak akan menaikkan tarif kerana Syarikat China itu wajib menggunakan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang sama yg digunakan sebelumnya. Syarat dalam PPA termasuk tarif kekal walaupun Edra dibeli oleh syarikat luar negara.


6. APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS TAMAT TEMPOH PPA?

Selepas tamat kontrak PPA ini, CGN Group perlu memenangi semula tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga. Tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi kerana jika tarif yang ditawarkan lebih tinggi, CGN tidak mungkin dipilih oleh Suruhanjaya Tenaga.


7. APAKAH TNB AKAN TERJEJAS DAN TUTUP KERANA PEMBELIAN INI?

Tidak. TNB masih pengeluar utama tenaga di negara ini iaitu sebanyak 50%, MALAKOF 24% manakala EDRA yang dibeli oleh CGN dari China cuma 14%. TNB juga merupakan pihak yang membeli tenaga dari IPP, termasuk daripada CGN. TNB juga yang akan mengedalikan transmisi dan caj yang akan dikenakan kepada pengguna (rakyat). Maka dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

WANITA GUNA DRESS TRANSPARENT !!!


KAIN JARANG SILAU MEMANDANG,RUNCING IMAN NAFSU TERANGSANG!!!!

Artis Wanita Guna Dress Transparent Di Malam Anugerah China.




Artis Wanita Guna Dress Transparent Di Malam Anugerah China.

Sunday 29 November 2015

Isteri Minta Suami Panjangkan Alat Kelamin !!!


Bagaimana Nak Membesarkan Zakar Anda?


Soalan: Bagaimana cara yang betul untuk membesarkan dan memanjangkan alat kelamin kerana setiap berkaitan badan, isteri saya merasa tidak puas. Dan dia ingin agar saya cuba untuk membesarkan dan memanjangkan alat kelamin saya? 

Jawapan: Yang penting untuk Mr P bukan panjangnya, tapi keras dan tegang ketika tegang. Tisu otot, saraf dan pembuluh darah zakar tidak seperti rangkaian anggota badan yang boleh dilatih di tempat fitness centre agar lebih tampak ‘macho‘. Jadi sebenarnya zakar tidak boleh dibentuk panjang atau besar dari bentuk asalnya.

Zakar yang berukuran kecil tetap boleh melakukan hubungan seksual dengan baik, kerana G-spot, zon yang paling erotik di atas dinding vagina, hanya 3-5 cm dari ‘pintu’ depan vagina.

Yang perlu dilakukan ketika ini adalah memberikan pemahaman pada isteri mengenai keadaan zakar yang tidak mungkin dipanjangkan atau dibesarkan.

Selanjutnya, dengan rasa kasih-sayang lakukan kerja sama yang baik sejak awal foreplay, elakkan rasa tegang, ciptakan bersama suasana santai. 

Secara berperingkat, anda dan isteri akan mampu melakukan hubungan intim yang berkualiti, iaitu boleh menikmati orgasme. Pelajari juga letak zon-zon erotis tubuh sehingga anda dapat merangsang isteri untuk mendapatkan orgasmenya.

Pertama sekali, jangan nak fikir bukan-bukan ye. Ini bukan entri lucah...
Ok, berbalik dengan persoalannya, bagaimana nak membesarkan zakar, atau memanjangkan zakar,..

Sebenarnya kebesaran atau kepanjangan zakar bukanlah perkara yang boleh memuaskan nafsu si isteri. Tapi keras dan tegang. Ketika tegang itu yang paling penting.

Tisu otot, saraf dan pembuluh darah zakar bukanlah seperti rangkaian anggota badan kita, yang boleh di besarkan. Macam lengan, kaki, badan, dan sebagainya. Jadi sebenarnya zakar tidak boleh di panjangkan atau di besarkan dari bentuk asalnya.

Kau orang faham kah?? Aku tak nak cerita panjang-panjang. Karang, ada yang fikir bukan-bukan....

Walau apa pun, semasa lakukan...suami isteri...perlu ada kerjasama, komunikasi antara satu sama itu yang lebih penting. Jangan simpan di dalam hati, takut satu hari nanti...meletup....ada lagi kes curang.

P/s : Semoga ianya menjadi panduan untuk kita semua......

ALAHAI.... TSMY..!!!


Perkongsian penuh dari FB Muhyiddin Yassin.


Saya berasa amat kesal dan dukacita dengan cara pemecatan YBhg Dato' Hamidah Osman daripada UMNO. Sebagai bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia dan Exco Kerajaan Negeri Perak, beliau tentunya telah banyak berjasa kepada UMNO dan kerajaan.

Yang menimbulkan persoalan ialah asas dan proses pemecatan beliau daripada parti. Berdasarkan kenyataan Dato' Hamidah, pertuduhan ke atas beliau adalah kerana beliau menghadiri satu majlis bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO dan masih merupakan ahli UMNO.

Saya ingin bertanya, adakah menghadiri satu majlis bersama bekas Presiden UMNO, yang turut dihadiri oleh ramai pemimpin dan ahli UMNO yang lain, merupakan satu kesalahan disiplin? Jika ia adalah satu kesalahan disiplin, maka saya rasa ramailah ahli UMNO yang terpaksa dilucutkan keahlian mereka dan tinggallah UMNO sebagai parti yang semakin kehilangan ahli dan penyokong.

Dato' Hamidah juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Justeru, adakah cara pemecatan Dato' Hamidah mematuhi kehendak Perlembagaan UMNO dan prinsip 'due process of law'? Saya tidak fikir pemecatan seseorang ahli boleh dibuat dengan hanya menghantar surat tunjuk sebab tanpa memanggil ahli yang berkenaan membela diri.

Ada pihak yang berhujah MT boleh memecat seorang ahli tanpa perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin sepertimana yang berlaku dalam kes pemecatan keahlian YBhg Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mereka ini tidak tahu sejarah. Lembaga Disiplin hanya diwujudkan selepas Pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2000, iaitu dua tahun selepas Anwar dipecat daripada parti.

Selaku Pengerusi JK Pindaan Perlembagaan UMNO pada waktu itu, saya telah mengusulkan supaya satu Lembaga Disiplin yang bebas dan terdiri daripada ahli-ahli yang tidak berkepentingan dalam parti diwujudkan. Tujuannya ialah supaya sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tidak berat sebelah, `without fear or favour', adil, telus dan pihak yang diadili akan dapat menerima keputusan yang dijatuhkan keatasnya.

Jika benar dakwaan Dato' Hamidah bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk membela diri, maka tindakan memecat beliau daripada parti adalah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan UMNO. Selain itu, pemecatan keahlian di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO juga seharusnya menjadi pilihan terakhir terhadap seseorang ahli jika beliau telah melakukan satu kesalahan besar yang melanggar Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO.

Saya sedar sebagai Ahli MT, saya terikat dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh MT. Cuma adalah menjadi kewajipan saya untuk menyatakan pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang dilihat bercanggah dengan kehendak Perlembagaan parti.

Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam UMNO sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti.

Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, UMNO bukan parti milik mana-mana individu. UMNO adalah parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TImbalan Presiden UMNO.


Muhyiddin Perlu Bersyukur Tidak Dibuang.

Kalau ikut cakap-cakap orang politik, Muhyiddin Yassin menyimpan kuku, tunggu peluang sempana perhimpunan Agung UMNO yang akan datang sebelum nak dedah semua rasa tidak puas hatinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seterusnya menjawab persoalan kenapa Muhyiddin jarang bersuara tentang isu 1MDB yang dikatakan jadi punca utama dia dipecat pada hujung Julai lepas - selain kegemaran Muhyiddin bercakap depan crowd yang ramai untuk dapat kepuasan maksimum kutuk Perdana Menteri.

Dia dikatakan tunggu peluang bercakap atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden membuka mesyuarat sayap-sayap dalam PAU 2015. Rancangan ini rasanya dah dapat dihidu awal dan atas sebab itulah ketua-ketua sayap mahu mereka sendiri yang buka mesyuarat, bukan Muhyiddin.

Apa pun, cakap pasal 1MDB, tak pasti apa lagi tentang syarikat tersebut yang Muhyiddin tidak puas hati sebab nampaknya semua berjalan ikut perancangan. 

Penjualan Edra baru-baru ini mengurangkan hutang dan liabiliti 1MDB sebanyak RM 18 bllion lagi seterusnya menafikan dakwaan Muhyiddin dan Mahathir bahawa RM 42 billion telah hilang begitu saja.

Mungkin ada cerita lain tapi kalau ada sekalipun maksudnya 1MDB hanya alasan, yang sebenarnya memang Muhyiddin nak tengok Najib jatuh.

Bagaimanapun, Muhyiddin sepatutnya bersyukur kerana masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Kalau ikut segala kerosakan yang dia dah buat, Muhyiddin sepatutnya dibuang bersama-sama dengan Hamidah Osman 3 hari lepas.

Setakat tak dibenar rasmi mesyuarat sayap ni kira kecik sangat.BB.

TUN MAHATHIR CAKAP TUNGGANG TERBALIK!!!



Bagi penentang-penentang Mahathir dari zaman awal Premiershipnya terutama sekali pada tahun pertengahan 80-an, bahkan pada projek-projek meganya yang dilihat sekadar menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai pekerja kelas kedua dan ketiga sahaja, Mahathir pada hari ini, bukanlah sesuatu yang pelik.

Memang benar Mahathir telah banyak berjasa kepada negara ini. Mahathir telah mempercepatkan pencapaian negara ini secara makro, tetapi dari sudut mikro, khususnya Melayu-Bumiputera telah bertukar menjadi masyarakat yang bersifat kebendaan dan kehilangan banyak masa kerana mengejar materialistik atas alasan, materialistk itulah yang dinamakan kemajuan.

Dan sepanjang tempoh itu jugalah, Melayu kehilangan banyak tanah walaupun pada negara-negara asing, Malaysia mempunyai nama yang cukup harum. Melayu adalah kelompok yang paling banyak dikorbankan, dan tanah-tanah mereka juga paling banyak diambil untuk membangunkan negara di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Melihat dari sudut makronya, Mahathir telah berjaya mengubah Malaysia menjadi sebuah Harimau Timur. Namun dari sudut mikronya, pribumi dan bumiputeranya terpaksa bergigih serta bertungkus lumus kerana terlalu banyak kehilangan di sudut mereka hanya mereka mengejar meritokrasi yang Melayu dan Bumiputera lain, tidak mampu terkejar selepas mereka diasak dan ditekan dari pelbagai sudut.

Sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya, tiada sesiapa pun kecuali kaum penentangnya yang berani berkata, Mahathir berjaya membangunkan negara hasil daripada pengorbanan Melayu-Bumiputera yang ditagih secara paksa walaupun akhirnya kejayaan daripada keputusan pentadbirannya hanya mampu dnikmati oleh sekelompok manusia Melayu-Bumiputera elit yang sehingga sekarang, tetap dahaga, tetap lapar dan tetap kebuluran tanpa sedikit pun mahu berkongsi atau mewujudkan pewaris yang mampu mengembangbiakkan kejayaan Melayu-Bumiputera.

Memang benar, ramai orang Melayu-Bumiputera yang berjaya keluar dari kepompong hidup kesederhanaan dan mengejar materialistik tetapi melihat kepada situasi terutama sekali kesukaran membeli hartanah hari ini, memperlihatkan kesukaran yang bakal dialami oleh generasi kedua dan ketiga serta seterusnya Melayu-Bumiputera selepas pentadbiran Mahathir. 

Ditambah pula dengan kekuatan DAP dan kumpulan yang pro mereka, yang semakin hari semakin jelas bersifat lintah darat yang mahu menakluk hak-hak istimewa Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bolehlah dikatakan secara ringkas, Melayu-Bumiputera akan bertukar menjadi pengemis di negara sendiri.

Pelbagai skim diwujudkan kononnya untuk membantu Melayu-Bumiputera, tetapi kemudiannya berakhir dengan alasan, orang Melayu-Bumiputera hanya pandai menjadi Alibaba, senang jadi taukeh, dan lebih rela jadi kuli makan gaji. Akhirnya pelbagai skim insentif dan bantuan yang diwujudkan atas nama Melayu-Bumiputera, tetap juga pergi ke kelompok elitis yang sama.

Selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dengan corak dan kaedahnya yang tersendiri, selain dibaluti dengan kemasyhuran serta kegemilangan Malaysia di mana Melayu-Bumiputera hanyalah mlukut tepian gantang, sebarang perubahan untuk menukar sistem tersebut, amat payah diterima. Bahkan dianggap sebagai tidak mengenang budi dan cubaan menghapuskan legasi pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Daripada pelbagai projek-projek mega sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan empat orang Timbalan Perdana Menteri yang mana salah seorang menjadi penggantinya, berapa kerat Melayu-Bumiputera yang ada di dalam projek-projek mega tersebut?

Daripada sekian banyak GLC dan syarikat-syarikat yang diwujudkan pada zamannya untuk menguruskan kewangan dan perniagaan berasaskan Kerajaan, berapa banyak yang dinikmati oleh Melayu-Bumiputera berbanding GLC-GLC tersebut yang sekarang ini lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial mereka berasaskan Melayu-Bumiputera walaupun modal mereka adalah Melayu-Bumiputera?

Mana jutawan-jutawan Melayu yang dihasilkan pada zaman Mahathir? Berapa kerat lagi yang masih tinggal dan sedar mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu anak bangsa berbanding yang tidak kenyang-kenyang dan terus memburu hasil untuk diri sendiri sebelum kemudian mereka mendabik dada, kononnya kejayaan mereka adalah kejayaan diri sendiri?

Mahathir bukan sempurna dan maksum. Bahkan setiap Perdana Menteri yang menjawat jawatan tersebut bermula dari gelaran Ketua Menteri pada tahun 1955 sehinggalah Perdana Menteri pada tahun 2015, tidak lepas daripada berbuat kesilapan dan kerugian kepada bangsa dan negara.


Kalau pada zaman Mahathir, kritikan diberikan kepada Almarhum Tunku dan Hussein Onn kerana mengkritik pentadbirannya, bahkan sanggup pula bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah hanya beberapa undi dalam Pemilihan Agung UMNO, sehingga akhirnya diwujudkan sistem kuota bagi memastikan kedudukan Presiden terjamin dan mutlak sebelum diubah kembali di bawah pentadbiran Najib, mengapa pula Mahathir tidak boleh dikritik apabila dia mula meracau-racau dan bercakap tunggang terbalik?

Selepas mantan Perdana Menteri bercakap tunggang terbalik seperti yang dapat kita lihat sekarang, ia sudah cukup menggambarkan betapa bahayanya kedudukan Melayu-Bumiputera pada zaman hadapan melainkan ada yang berani menyanggah dan keluar daripada acuan yang ingin diterapkannya.

Kepimpinan masakini perlu lebih berani berhadapan, perlu lebih berani menyanggah bahkan perlu lebih tegas menyatakan tentang beberapa 'pembetulan' yang dibuat ke atas kesilapan-kesilapan Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya, terutama sekali yang melibatkan konsensi yang jelas merugikan rakyat untuk tempoh panjang sekalipun dalam tempoh pendek berjaya melonjakkan negara.

Negara ini bukan milik Mahathir, bukan juga milik Najib, apatah lagi milik UMNO. Negara ini milik semua rakyatnya yang telah banyak berkorban segala-galanya. 

Negara ini perlu mengikut acuan keperluan rakyat semasa dan akan datang, bukannya berdasarkan nostalgia legasi 22 tahun yang akhirnya menyaksikan lebih ramai rakyat yang berputih mata melihat rumah-rumah cantik yang dimiliki oleh rakyat asing berbanding mereka!TFK.

Vape Diharamkan Di Johor Bermula Jan 2016.

SULTAN TELAH BERTITAH : Vape Diharamkan Di Johor Bermula Jan 2016.


Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Saturday 28 November 2015

BERBAJU JARANG TAK BERSELUAR DALAM!

Selamba Je Gadis Ini Tidak Pakai Panties Pergi Shopping Mall!

Kredit Gambar: STOMP

TAK tau malu.. itulah yang boleh dikatakan terhadap 
seorang wanita yang selamba mengunjungi sebuah 
pusat beli belah di Singapura dengan hanya memakai 
baju jarang tanpa mengenakan seluar dalam.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikirimkan 
kepada laman Stomp Singapura, seseorang dikenali 
sebagai Ash mendakwa menyaksikan sendiri wanita 
terbabit berpakaian ‘seksi maut’ begitu ketika 
mengunjungi Mustafa Centre.

Kredit Gambar: STOMP

Dalam keadaan menarik perhatian banyak mata, 
wanita itu dikatakan tidak menunjukkan rasa segan 
langsung apabila berlegar di serata mall termasuk 
menaiki eskalator dan pergi ke bahagian kanak-kanak.
Kredit Gambar: STOMP

Malah dalam salah satu gambar, wanita tersebut 
dirakam menonggek di bonet teksi seolah-olah 
sengaja mempamerkan punggungnya yang terdedah.

Kredit Gambar: STOMP


Antara komen diberikan Ash selaku saksi 
kejadian ini kepada Stomp adalah:
“The woman was not wearing any panties and 
attracted a lot of attention from other shoppers. 
Under the bright lights, she appeared to be 
almost naked. I think she is an exhibitionist. 
Who else would dress in translucent clothes 
without underwear?”

Ataupun jika dialih bahasa ianya berbunyi lebih 
kurang begini:

“Perempuan tu tak pakai seluar dalam langsung 
sampai menarik perhatian pekedai kat situ. Dia 
nampak macam telanjang dah bila berdiri bawah 
cahaya. Rasanya dia ni sengaja nak menayang. 
Siapa je yang sanggup pakai baju jarang begitu 
tanpa memakai seluar dalam kan?”
mynewshub.my

Hukuman Bunuh Kumpulan IS: Hempap Batu Besar Ke Kepala !!!


Gambar mengejutkan oleh kumpulan militan Isis dengan 
melemparkan batu blok ke kepala tahanan.

Hukuman ini telah dijalankan di wilayah Nineveh di Iraq.

Kumpulan Isis telah menjalankan salah satu hukuman 
dengan melemparkan blok konkrit yang besar ke kepala 
dua orang lelaki yang dituduh membunuh.

Kantoi Selepas Didedahkan Adiknya, Dia Seorang Penipu dan Diminta Bertemu Polis, Charles Morais Lari Ke Amerika Syarikat!!!


Charles Suresh Morais yang mendakwa memiliki butiran berkenaan pembunuhan saudara lelakinya, Mendiang Kevin Morais dan kemudian telah cuba dijadikan sebagai BERITA SENSASI menyerang Najib dan kepimpinan negara, dilaporkan telah MELARIKAN DIRI ke Amerika Syarikat.

Itu yang telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Americk Sidhu.

Menurut Americk lagi, polis telah menghubunginya untuk disoal.

Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, PDRM telah meminta Charles Suresh untuk menyerahkan maklumat yang ada dalam simpanannya dan akan menghubunginya menerusi peguamnya, Americk Sidhu sekiranya dia telah pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Khalid lagi, satu siasatan baru akan dibuat ke atas Akuan Bersumpah (SD) yang telah dibuat oleh Charles Suresh. PDRM menurutnya tidak akan dapat bertindak sekiranya Charles Suresh enggan berkongsi maklumat itu dengan mereka.
Dalam SD 18 mukasuratnya, Charles Suresh berkata, mendiang Kevin Moaris sebelum kematiannya, telah menyerah pena pemacu yang mengandungi 'pendedahan mengejutkan dan jelas tentang siasatan yang dijalankan oleh Kevin sebelum dia ditemui mati, yang turut membabitkan personaliti berpengaruh dan berjawatan penting di Malaysia'.

Menurut Charles lagi, pena pemacu tersebut berada di Amerika Syarikat dan dalam simpanan selamat. Di dalam Akuan Bersumpahnya juga, Charles menegaskan bahawa mendiang Kevin telah menyalurkan maklumat-maklumat penting membabitkan kerja-kerjanya terutama sekali kes yang membabitkan individu-individu ang berkuasa.

Mayat Kevn telah ditemui di dalam sebuah tong dram yang dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya 13 hari selepas dia diculik ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Bangsar pada 4 September.

Ketika kematiannya, Kevin memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pejabat Peguam Negara di Divisyen Perbicaraan dan Rayuan.

Charles Suresh pada Isnin telah memohon perintah mahkamah bagi bedah siasat kali kedua, tetapi lokasi mayat Kevin dikebumikan tidak diketahui selepas mayatnya dituntut oleh seorang lagi saudara lelakinya, Richard Morais tanpa pengetahuan Charles Suresh dari Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)

Sementara itu,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis, sementara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggelar dakwaannya itu sebagai berlebih-lebihan.

“Kita tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku bila dia ke AS. Jadi, saya mahu mengingatkan dia supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” kata Khalid.

Richard memberitahu The Malaysian Insider polis patut menahan Charles kerana membuat tuduhan liar menerusi SD.

“Saya juga rasa polis patut tahan dia tidak lama lagi dan menjalankan siasatan terhadap tuduhan liarnya dan dakwa dia jika didapati menipu.”

Ketika mengumumkan SD pada Rabu, Charles berkata Richard “penjahat”, yang sanggup buat apa saja demi wang.

Kenyataan itu dibuat selepas Richard menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga, pada hari sama Charles memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua.

Charles berkata, beliau amat terkejut apabila pihak berkuasa di Hospital Kuala Lumpur dan polis nampaknya bersubahat dalam membenarkan mayat Kevin dikeluarkan dari rumah mayat oleh Richard apabila kedua-dua pihak tahu beliau (Charles) mahukan bedah siasat kedua dijalankan.

Charles Morais yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu apabila beliau mengeluarkan akuan berkanun 18 muka surat di mana beliau mendakwa pembunuhan abang sulungnya mempunyai kaitan dengan kertas pendakwaan yang sedang disediakan terhadap ‘seorang pegawai tertinggi kerajaan’.

Charles juga mendakwa Richard bersekongkol dengan penjenayah terbesar di Kuala Lumpur membabitkan pembunuhan Kevin dan mendiang sudah lama tidak berhubung dengan dua adiknya iaitu Richard dan David sejak 2004.

Menolak kandungan SD abangnya itu, Richard memberitahu The Malaysian Insider Charles tidak termasuk dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005, menambah beliau akan membuktikannya tidak lama lagi.

“Jika dia (Charles) rapat dengan Kevin dan bukan saya, mengapa namanya tidak ada dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005?

“Saya akan tunjukkan wasiat itu tidak lama lagi kepada media untuk mereka lihat sendiri,” kata Richard.

Bagaimanapun, Richard enggan mengulas ketika ditanya apa yang dilakukannya terhadap mayat Kevin yang dituntutnya dari rumah mayat pada Isnin. (RUJUK SINI)