Tuesday 31 March 2015

CANTIKNYA BAGAI LUKISAN!!!!


 






 Keajaiban warna dan perisa. Orang biasa dalam bot biasa  menawarkan barangan mereka. Mereka bimbang tentang berapa banyak dagangan mereka akan terjual ... 

Kita tidak boleh memutuskan apa yang meninggalkan kesan yang terbaik: keindahan laman ini unik, atau landskap luar biasa ...
 
Pasar di laut merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling unik di Indonesia. Ia adalah bandar Banjarmasin, Kalimantan Selatan. 

Penduduk tempatan berkata Baintan Lok adalah pembelian pertama di laut di selatan Kalimantan. 
( Malangnya: pasar ini mungkin yang terakhir, kerana jenis yang membeli-belah di tempat lain, digantikan dengan wilayah pasaran biasa).

Untuk sampai ke sana, anda boleh menggunakan klotok (bot kayu), kereta atau motosikal. Tetapi cara terbaik untuk melihat pasaran yang unik ini ialah menaiki klotok. Di sini anda boleh dapati petani tempatan dan peniaga  membuat transaksi di sungai.
 

Pasar terapung di Indonesia! 


CARA MANDI WAJIB - MANDI HADAS!!!

Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.


Jawapan;


Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;


“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. 

Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. 

Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).


Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;


1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.


Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. 

Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

HUDUD: PENCURIAN!!!


PENCURIAN



PENGERTIAN PENCURIAN


Pencurian adalah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap-senyap dari tempat simpanannya yang wajar. Ciri-ciri pencuri itu ialah:


1. Mengambil barang kepunyaan orang lain.

Pencurian yang tidak termasuk dalam jenis pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan ialah mengambil barang dari Baitulmal, mengambil barang kepunyaan syarikat di mana ia menjadi ahli, suami mencuri barang isteri dan sebaliknya, dan orang tua yang mencuri kepunyaan anaknya.


2. Secara senyap-senyap.

Mengambil barang orang lain secara terang-terangan (merampas) tidak dinamakan pencurian yang dikenakan hukuman had.


3. Barang diambil dari tempat simpanan yang wajar.

Mengambil barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di ladang walaupun dinamakan pencurian , tetapi tidak dikenakan hukuman potong tangan.


4. Dengan sengaja.

Mengambil barang orang kerana tersalah ambil, kerana terlupa, dipaksa, atau terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.


“Umatku tidak dipertanggungjwabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang yang dipaksakan.”
(Hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Thabarani, dan Al-Haakim)



SYARAT-SYARAT PENCURIAN


Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

Pencuri:

Mukallaf: dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong tangan.

Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja.

Pencuri tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri. Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta syarikat, mereka tidak dikenakan hukuman had.



Barang-barang yang dicuri:

Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.
Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.


Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:

Menurut pendapat jumhur ulama’, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai ¼ dinar emas atau tiga dirham perak (9.36 gram emas) atau senilai ¼ dinar. Pendapat inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.


“Aisyah r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang mencuri ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)


“Umar r.a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada (pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith)


“Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu potong tangan pencuri, kecuali pada ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai, dan Ibn Majah)


Golongan mazhab Hanafi berpendapat, bahawa nisabnya mestilah lebih daripada 10 dirham.


Ada lagi pendapat-pendapat lain yang dikemukakan oleh ulama’-ulama’.


PENCURIAN BERKUMPULAN

Apabila sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain, dan jika dibahagikan masing-masing cukup nisab, maka semua mereka dipotong tangan. Akan tetapi jika barang yang dicuri itu cukup nisabnya, tetapi setelah dibahagikan masing-masing tidak cukup nisabnya, dalam hal ini para ulama’ berselisih pendapat.

Golongan Jumhur ulama’ berpendapat mereka dipotong tangan kerana jumlah barang yang dicuri telah cukup nisabnya, bukan setelah dibahagikan untuk ramai.

Abu Hanifah pula berpendapat mereka tidak dipotong tangan kerana barang yang dicuri mereka tidak mencukupi nisab apabila dibahagikan masing-masing.


SABIT KESALAHAN MENCURI

Kesalahan mencuri menjadi sabit melalui salah satu dari dua perkara:

Pengakuan oleh pencuri sendiri.

Dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil.


UQUBAH KE ATAS KESALAHAN PENCURIAN

Hukuman potong tangan

Barangan curian hendaklah dikembalikan

Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri

Dari Aisyah r.a., "Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sesungguhnya akan aku potong tangannya itu."(Hadis riwayat Ahmad, Ashab al-Kutub as-Sittah)


GUGURNYA HUKUMAN POTONG TANGAN

Apabila pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong tangan, maka gugurlah hukuman potong tangan itu ke atasnya.


PENCURIAN YANG TIDAK DIKENAKAN HAD

Pencurian yang dikenakan hukuman Ta’zir:

Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila

Pencurian yang tidak cukup nisab

Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama

Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki

Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar

Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya


MUHARABAH (PEROMPAKAN)

PENGERTIAN

Muharabah atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara Islam yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda, memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.


SYARAT-SYARAT MUHARABAH

Muharabah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Yang melakukannya ialah orang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam atau tidak.

Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk perompakan walaupun tongkat ataupun batu.

Melakukannya secara terang-terangan.

Dan lain-lain syarat yang diperselisihkan ulama’.


UQUBAH TERHADAP KESALAHAN HIRABAH

Allah s.w.t. menetapkan empat hukuman atas kesalahan muharabah ini:

Hukuman mati, atau

Hukuman salib, atau

Potong tangan dan kaki secara bersilang, atau

Dibuang negeri

Segolongan ulama’ berpendapat hakim boleh memilih hukuman berdasarkan betapa besarnya kesalahan atau jenis kesalahan yang telah dibuat pesalah.



PELAKSANAAN HUKUMAN

Setelah adanya pengakuan daripada pesalah sendiri (hukuman digugurkan apabila pesalah menarik balik pengakuan) atau dengan persaksian dua orang saksi lelaki yang adil, maka hukuman dilakukan seperti berikut:


Kumpulan perompak yang membunuh sahaja dikenakan hukuman mati. Hakim dan wali yang terbunuh tidak boleh memaafkan pesalah.


Kumpulan perompak yang membunuh dan merompak harta benda dikenakan hukuman salib dan bunuh.

Kumpulan yang hanya merompak harta benda dikenakan hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang.


Terhadap kumpulan yang hanya mengganggu ketenteraman atau lalulintas hanya dikenakan hukuman buang negeri.


TAUBAT SEBELUM DITANGKAP


Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa taubat hanya menggugurkan hukuman pencurian dan pelanggaran hak-hak Allah, tetapi dipertanggungjawabkan atas pertumpahan darah (membunuh) dan harta benda yang masih wujud lagi di tangan perompak.


CARA BERTAUBAT


Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa perompak perlu meninggalkan kejahatan perompakannya tanpa perlu mendatangi kepala negara, ataupun ia membuang senjatanya dan mendatangi kepala negara sebagai seorang yang taat.

ISTERI GERSANG DI PADANG HILALANG!!!

Isteri-Isteri Gersang Terlibat Zina 

Kerana Selalu Ditinggalkan Suami.



Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.



Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Monday 30 March 2015

Demi Islam: Dulu Bikini, Sekarang Niqabi!!!





Gadis itu dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan aurat dan anti Islam. 

Hidayah Allah Maha Luas menyapa hati yang sering gundah gelisah ini. Hati menyambut cinta Allah yang bernama Islam. Lantas konflik jiwa yang sering menjadi teman selama ini mula menyisih dari kehidupannya. 

Betapa hebatnya benih bermutu bernama hidayah dan aqidah Islam itu sehingga ia mampu menyerlahkan perwatakan berbeza seorang gadis Barat bernama Sara Bokker. 

Sara meninggalkan dunia yang gelap sebelum ini menuju cahaya yang indah. Sara mula mengenal penciptanya, objektif manusia dihidupkan dan ke mana akhirnya dia akan kembali. 

Semua itu mengubah dirinya yang dulu begitu aib mendedahkan batang tubuhnya kepada umum, sekarang dia memilih hijab para mukminah di zaman Nabi S.A.W. yakni purdah. 

Peningkatan amalan yang sangat membanggakan dan mendapat restu serta sokongan suami tercinta. 

Sara tidak berhenti setakat dirinya menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam, perwatakan sebenar gadis Islam yang perlu dipelihara secara konsisten agar tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak agar mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat. 

Pengalaman beliau telah dicatat di March for Justice yang telah diterjemahkan oleh Zain A Ghani.

"Aku tinggalkan bikini demi Islam." 


Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. 

Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour. 

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat. 

Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku. 

Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut. 

Aku menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas. 

Tahun demi tahun berlalu, ku fahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku. 

Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri. 

Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. 

Aku meminum arak dan melayan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti. 

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan. 

Kemudian berlakunya peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam. 

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, haram dan dunia pengganas. 

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu. 

Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam. 

Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal. 

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan.



Bertemu al-Quran 



Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran. 

Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaan-Nya. 

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi. 

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. 

Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat. 



Bahagia dengan Hijab 


Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah. 

Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas. 

Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu. 

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku. 

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas. 

Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai“pusat skandal di bumi”, yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa. 

Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. 

Aku bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku setelah aku menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah ku kenakan? 

Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebut abaya (jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki. 



Memakai purdah 



Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih “menyenangkan” Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup. 

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli “isdaal”, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata. 



Cabaran Hijab dan Niqab 



Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab. 

Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai “tanda-tanda kemunduran”. 


Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa pemerintah dan kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian tertentu bagi wanita. 

Meskipun begitu “Pejuang Kebebasan” memandang dari posisi lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab. 

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. 

Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris. 



Memperjuangkan Hak Wanita 



Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur dan bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan. 

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqab atau hijab demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih. 

Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga dengan penuh cinta kita memeluknya. 

Sebahagian besar wanita yang ku ketahui mengenakan niqab adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya. 

Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri. 

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya “berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung” secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi di manapun di dunia ini. 

Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi padaku. 



Dulu Bikini, Sekarang Niqabi 



Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal. 

Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. 

Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya.