Monday 3 August 2015

MENYERET ISTANA KE KANCAH POLITIK AKAN MERUNTUHKAN INSTITUSI ISTANA ITU SENDIRI!!!GOLONGAN REPUBLIKAN MEMERHATIKAN DENGAN PENUH MINAT!!!




Sultan Johor titah Muhyiddin menghadap petang ini!

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda.

Sumber ketika dihubungi Astro AWANI, berkata Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini. 

"Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana berikut," kata sumber tersebut. 

Sementara itu, portal berita The Malaysian Insider dipetik berkata, perjumpaan itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa. 

Muhyiddin juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor  pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai. Pada Ahad, Muhyiddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang di Kluang. 

Ia merupakan mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada barisan kabinet. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sebelum ini membuat kenyataan tidak menghalang mana-mana bahagian untuk menjemput Muhyiddin merasmikannya. 

"Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan diharap semua pihak terus menghormatinya," katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini. 

"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno. "Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu," kata Azizul dalam satu kenyataan, Ahad. 

Dalam tradisi UMNO, Timbalan Presiden adalah Timbalan Perdana Menteri. "Tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan," kata Azizul. 

Azizul meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kluang baru-baru ini susulan pelepasan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat. 

Sehubungan itu beliau memberi amaran sekiranya Najib gagal menghormati keputusan ahli parti, ahli parti akan hilang hormat kepadanya. "Adalah malang bagi UMNO jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada Presiden," katanya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ



KD:
JIKA BENAR APA YANG DIKATAKAN OLEH THE MALAYSIAN INSIDER,IANYA SUATU PERKARA YANG BESAR KESAN DAN AKIBATNYA!!!

DIHARAPKAN AHLI POLITIK JANGAN SESEKALI MENGHERET ISTANA DALAM KEMELUT POLITIK NEGARA! 

INSTITUSI ISTANA ADALAH SEBUAH INSTITUSI YANG AMAT DIHORMATI OLEH RAKYAT! BIARKAN KEADAAN BEGITU BERTERUSAN!

MENGHERET ISTANA TURUN KE KANCAH POLITIK AKAN BERLAKU PROSES MEMIHAK KEPADA KUMPULAN.INI BERCANGGAH DENGAN PERANAN RAJA SEBAGAI PAYUNG RAKYAT!

RAKYAT AKAN MELIHAT PAYUNG ITU SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI KERANA HANYA MEMAYUNG  KUMPULAN TERTENTU.TIDAK LAGI MEMAYUNG SECARA KESELURUHAN!

KUMPULAN RAKYAT YANG TAK SEHALUAN TAK BERPUAS HATI. TIDAK LAGI 
MENGHORMATI INSTITUSI ISTANA! TAK BERPUAS HATI AKAN MELAHIRKAN RASA BENCI.

KETIKA ITU MENYESAL TIDAK BERGUNA LAGI!!!

2 comments:

Anonymous said...

Sultan yg panggil salah ke?

Sultan Pahang yg terang2 beri sokongan pada Najib.... kenapa tak bising.

Anonymous said...

bodoh! tak faham tulisan KD.KD kata kalau benar laporan malaysian insider itu akan mendatangkan kesan dan akibat yang buruk!cuba campur tangan dalam pergolakan politik.Sulatan pahang sokong najib sebab dipilih jadi kerajaan pilihan rakyat melalui PRU! kalau PR menang PRU tak salah kalau sultan sokong pulak sbb menjadi kerajaan memerintah!kalau bodoh tak faham tulisan orang jangan nak tunjuk pandai!