Saturday 16 August 2014

JEJAK KASIH YANG TERPISAH SEKIAN LAMA!

DARI BLOG WZWH.
Hasil carian imej untuk GAMBAR GADIS ZAMAN PURBA
SEKADAR HIASAN.

Misteri Dua Beradik Perempuan Kg Labu Yang Hilang 120 tahun dulu...


Sejak kecil WZWH diberitahu satu kisah cerita dua beradik perempuan dari Kg Labu Tembeling Tengah hilang secara misteri sejak lebih 120 tahun dulu.

Dikatakan dua beradik perempuan ini hilang kerana diambil orang bunian. Ada yang kata dibaham harimau Si Pudong atau weretiger @ harimau jadian sila klik sinidan sila klik sini.

WZWH yang berfikiran saintifik menolak cerita begitu. Pasti ada sebab yang logik dibalik misteri kehilangan dua beradik perempuan itu.

Ya WZWH ke mana mereka pergi. Kedua beradik perempuan ini bukan orang lain 5 generasi atas kepada WZWH. 

Dua beradik perempuan ini jika keduanya berkeluarga pasti beranak pinak dan menghasilkan keturunan yang ramai dan besar keluarga selepas 120 tahun.

WZWH mahu tahu sebab ini famili WZWH entah di mana mereka semua berada!

Setelah berpuluh tahun mengkaji akhirnya WZWH sudah dapat gambaran yang sebenar apa yang sebenarnya berlaku dari berbagai sumber ...ini satu kisah family yang sedih dan tragedi.

WZWH berasal dari sebuah family yang paling feudal dalam negeri Pahang. Dulu dalam adat keluarga WZWH family yang perempuan tidak dibenarkan berkahwin dengan orang luar. 

Semua yang perempuan disusun atur mengahwini sama sedara dalam family samada di Tembeling, Chenor dan Pekan. Jika melanggar adat ini berat hukumannya seperti:

  • Di denda
  • Tidak boleh ditanam dengan keranda bila mati nanti
  • Dipulau keluarga atau dihalau atau dibunuh
  • Diambil bawa ke Pekan tinggal di istana, cuma bila tiada gigi (sudah tua) baru dihantar pulang ke kampung asal atas titah Raja.

Adat ini dijaga konon menjaga nama baik dan maruah keluarga. Keras sungguh hukuman  ini sebab itu WZWH cakap ini family paling feudal dalam Pahang.

Dua beradik perempuan ini adalah anak kepada seorang pemerintah atau pembesar Lembah Tembeling yang menguasai sosial politik dan paling berpengaruh masa itu.

Si Adik sudah jatuh cinta kepada seorang pemuda biasa dari orang kebanyakan. Cinta adalah anugerah tuhan yang tidak mengenal darjat dan kasta.

Kerana cinta sanggup berenang lautan api....nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan buang emak buang sedara kerana kasih hamba turutkan.

Love is blind...orang putih kata.

Perhubungan ini tidak direstui oleh Si Ayah. Kalau diketahui niat sebenar pasti Si Ayah akan menghalang dan sanggup membunuh...akhirnya Si Adik mengambil keputusan berani lari dari kampung bersama kekasih sanggup tinggal keluarga demi cinta.

Si Adik sempat mengambil beberapa peralatan keluarga sebagai tanda initial kenangan barang-barang itu tanda milik keluarga dan benih padi Tembeling.

Kehilangan Si Adik mengemparkan keluarga dan menjadi perbualan orang kampung. Keluarga dan orang kampung mencari ke pelusuk kampung-kampung dan hutan belantara.

Timbullah cerita Si Adik telah diambil oleh orang bunian. Ada yang kata mungkin Si Adik telah mati dibaham harimau atau binatang buas.

Namun Si Abang tahu cerita yang sebenar...Si Abang seorang yang garang lalu api kemarahan membakar hati, jiwa dan perasaan.

Si Abang memberi kata dua kepada Si Kakak disuruh supaya menjejaki dan mencari Si Adik sampai dapat.

Pesan Si Abang," kamu cari sampai dapat adik kamu....bawa adik kembali ke kampung...jika tidak ayah dan abang akan hukum bunuh kamu!"

Si Kakak tahu ini mission yang sangat berat...ini arahan...diluah mati bapa...ditelan mati emak.

Lalu Si Kakak pun memulakan tugas dan assignment mencari ke mana pergi Si Adik. Berkat pertolongan kuasa Allah, akhirnya Si Kakak berjaya berjumpa dengan Si Adik dan kekasihnya di satu kampung bernama Mengkarak.

Si Kakak memujuk Si Adik dengan hati yang hiba..." Adik pulang dan kembalilah kamu ke pangkuan keluarga di kampung...jika kakak gagal membawa adik pulang, kakak akan dikena hukum bunuh!"

Si Adik berkata," Adik sudah pun bergelar isteri...mustahil adik akan kembali ke kampung bersama suami....tentu akan dihukum bunuh jua".

Lalu Si Kakak berasa sangat sedih kerana sudah tahu apa akan berlaku nasib hidup dan arah tuju destinasi.

Si Kakak mengeluh sambil berkata," Kalau kakak kembali ke kampung tanpa adik...pasti kakak akan dihukum"

Akhirnya kedua beradik perempuan itu membuat satu keputusan nekad bahawa mereka tidak akan kembali ke kampung...mereka mahu membawa haluan hidup masing-masing.

Si Adik dan suami mengakhir perjalanan di sebuah kampung di Negeri Sembilan.

Nasib malang menimpa Si Adik. Suami terkena penyakit kebusungan perut yang tiba-tiba membesar dan akhirnya membawa maut. Nasib baik juga sempat meninggalkan benih. Si Adik sampai masanya melahirkan zuriat dan berkembang biak.

Di sebuah kampung di Negeri Sembilan masih lagi orang ingat kepada benih padi Tembeling...

Si Kakak pun akhirnya berkahwin dengan seorang jejaka budiman dan entah kemana menetap berkembang biak keturunannya.

Bila sampai umur tua dan uzur ke dua beradik perempuan ini berpesan kepada anak cucu supaya mencari waris keluarga di Tembeling.

"Pergilah kamu ke Tembeling dan carilah susur galur keluarga.. siapa-siapa yang menjadi penghulu, orang besar dan pemimpin itulah pengenalan keluarga kamu...cari puncanya...tunjukan barang-barang peninggalan keluarga yang sebagai tanda bukti.."

Memang sejak 1960an, 1970an, 1980an , 1990an keluarga yang hilang ini mencari warisnya di sepanjang alur Sungai Tembeling. Mereka berjumpa punca-punca itu....tetapi malangnya waris keluarga mereka di Tembeling menafikan cerita itu kerana ramai dari mereka tidak tahu sejarah, tidak tahu cerita yang sebenarnya...

Hanya segelintir yang tahu dan bila didesak baru mengiyakan cerita yang sebenar. Ramai keluarga yang hilang itu berada di Negeri Sembilan, Pelangai dan ada yang terlepas ke Kg Perlok.

Menambah lagi keinsafan Si Ayah yang berumur panjang lebih seratus tahun...disaat akhirnya hidupnya telah meminta Si Abang supaya mencari kedua beradik perempuan bawa berjumpa Si Ayah buat kali terakhir..sambil bersedih tanggis syahdu.

Si Ayah juga menyuruh beberapa orang tertentu mencari kedua anak perempuannya sambil memberi tanda-tanda badan kedua anak perempuan sejak masih kecil.


Si Ayah terlalu merindu ke dua beradik perempuan yang hilang itu.

Tapi nasi sudah jadi bubur. Sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian sudah tidak berguna.

WZWH menyampaikan mesej ini kepada keluarga yang hilang ini bahawa kamu semua tidak semudah itu untuk dilupakan dalam sejarah.

Ingat pesan ke dua moyang kamu carilah tanda dan punca keluarga waris Tembeling.

KD: ADALAH DIFAHAMKAN BAHAWA KELUARGA INI SEKARANG RAMAI YANG BERMAUSTAUTIN DI KG JEJAWI DI NEGERI SEMBILAN BERHAMPIRAN DENGAN SIMPANG PELANGAI BENTONG PAHANG!!!

No comments: